MAKES Camp : Syabas dan Dasyat!
May all your dreams, turn into goals
Wahabi II

“ Silakan anda jika mempunyai pandangan atau pendapat lain yang berbeza dengan saya. Asalkan anda ada sumber pustaka dan literatur yang anda gunakan. Ada dasarnya"
Kata-kata seorang doktor pakar kanak-kanak di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Dr Eddy Fadhlyana, ketika memberikan bimbingan kepada kumpulan belajarku di bahagian kanak-kanak.
Jika satu ketika dahulu, kata-kata atau pendapat seorang doktor pakar atau konsulen yang sudah lama bergelumang dalam dunia perubatan, yang mengetahui selok belok penyakit dan dikira ‘otai ‘ adalah kata-kata atau fatwa yang keramat dalam satu-satu masalah. Hitam katanya, maka hitamlah. Warna-warni katanya, jadi pelangilah.
Awas jika mahu ingkar. Anda bisa gagal di tempat dan dicemu. Anda jua bisa dicop wahabi. Sumber dari mereka adalah yang paling kredibel dan terpercaya.
Namun sejalan dengan perkembangan ilmu dan disiplinnya, hal ini menerima perubahan. Fatwa dari professor atau doktor pakar tidak lagi djadikan bukti atau sumber utama dalam satu-satu persoalan perubatan. Sebaliknya sumber-sumber dari jurnal perubatan,kajian-kajian dan eksperimen yang mutakhir, buku-buku teks dan pustaka telah menjadi sumber utama yang merupakan sumber yang paling kuat.
Silakan anda menyanggah pendapat Dr Tri Hanggono jika anda membawa bukti dari Harper,s Boichemistry. Ironi sekali dalam disiplin ilmu Evidance Base Medicine, sumber yang satu ketika dahulu merupakan sumber keramat kini diletakkan sebagai sumber yang paling akhir menjadi pilihan.
Ini lah yang berlaku dan berkembang dalam satu disiplin ilmu di satu bidang yang sangat penting dan dihormati dalam dunia ini. Bukan sahaja anda harus ada sandaran dalam menetapkan satu pendapat atau pendirian, sandaran anda juga punya tingkatan-tingkatannya. Ilmu sangat penting dari sumber yang benar. Jika tidak kena caranya, pendapat anda adalah picisan dan ditong sampahkan.
Namun begitu, tidaklah doktor pakar atau ulama’ perubatan ini dipandang remeh atau diperleceh. Mereka adalah guru-guru besar dalam bidang ini. Benar ilmu secara teori atau dalam buku bisa berbagai ragam tapi itu cuma sebahagian dari seluruh disiplin ilmu perubatan. Dalam apa-apa displin ilmu pun tetap ada beberapa sisi. Secara ringkas dalam ilmu perubatan ada teori dan praktikal. Dalam hal praktikal , anda jangan main-main dengan doktor pakar dan konsulen. Aku baru cuma bisa tahu ada efusi pluera pada anak TB daripada hasil x-ray. Itu pun baca hasil yang telah dianalisa oleh radiologis. Konsulenku Dr Reni cuma perlu perkusi 2 kali untuk pastikan hal itu. Tidak mengapalah, suatu hari nanti aku mahu cuma melihat sudah tahu ada hepatomegali.
Ilmu perubatan dan ahlinya telah mengalami perubahan.

Bagaimana pula dengan ilmu agama, para ahlinya dan pengamalnya?
Sudah berubah?
Belum?
Ah..anda lembab.
Jadul.
Wahabi

Kita manusia yang bebas minda dan fikiran. Kita bukan buluh yang keras.Kita rebung yang enak dan empuk. Kita adalah golongan muda yang penuh idealisme dan cita-cita . Kita anak muda yang tidak pernah takut berubah dan melakukan perubahan.Kita tidak pernah gentar dan terkejut dengan berbagai ragam dunia.Kita tidak jumud apatah lagi kedekut.
Kita ana muda yang tidak mahu membazir tenaga dengan hal yang remeh. Kita bergerak memenuhi angan-angan dan cita-cita kita yang besar. Melakukan perubahan dengan melakukan sesuatu yang berbeza atau dengan cara yang berbeza. Kita menghormati `old-timer’ tapi kita bukan burung kakak tua. Kita bukan katak bawah tempurung mahupun tin. Kita siap menantang dunia.
Pedulikan mereka yang masih ditakuk lama. Abaikan mereka yang masih pesimis. Tinggalkan mereka dengan “ini sesat” dan “ini bid’ah” mereka. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
Buka hati. Bebaskan minda. Raikan hidup dengan penuh semangat segar yang mengalir dalam diri. Melangkah penuh optimis setiap hari dengan ceria. Sedia menerima perbezaan. Siapa takut dengan berbeza. Tidak semua yang berbeza dengan kita adalah sesat. Tidak semua yang tidak menerima kita adalah bid’ah. Jangan beri banyak alasan.
Itulah kita. Silakan bergabung. Jika anda bukan dari kita, silakan terjun dengan labu-labu anda.
Aku malas cakp banyak.
p/s : ada paham??
Kita hanya menumpang

“Haccum!!!”
“Haccum!!!”
“Sekali lagi..”
“Haccum!!!”
Hampir setiap pagi akan kedengaran suara bersin sahabat satu rumahku yang mempunyai allergik rhinitis. Alahan pada waktu pagi yang dingin.
Siapa yang tidak pernah bersin? Aku yakin semua orang pernah bersin. Jika tidak pernah, silakan rujuk ke hospital atau klinik berdekatan.
Bersin kita sedia maklum sebagai satu refleks fisiologis untuk mengeluarkan benda asing yang telah menggangggu pernafasan kita di hidung. Ini sangat penting sebagai salah satu daripada sistem pertahanan awal bagi diri manusia dari jangkita kuman.
Tetapi sedarkah anda bahawa kebaikan bersin tidak berhenti sekadar itu?
Dahulu...
“Haccum!” aku bersin.
“Along, bersin sebut apa?” ummi segera mengingatkan.
“Alhamdulillah” sahut aku pantas.
“Angah jawab apa?” ummi beralih ke adikku angah.
“Yarhamkallah” ujar angah.
“Yahdikumullah” aku menjawab tanpa menunggu ummi. Ucapan penuhnya “ yahdi
kumullah wa yushlihu balaakum” tapi aku masih muda, berbelit pula lidah nak menyebutnya.
“Pandai” senyum ummi.
Aku masih ingat ajaran ummi dan abah tentang adab bersin.
Maha suci Allah yang Maha Sempurna. Ketika sunnatullah diadun bersama syariatullah, kesannya luar biasa.
Refleks fisiologis seorang manusia, yang memang menjadi keperluan setiap manusia melawan penyakit ketika dilakukan bersama adab yang diajarkan menjadi satu keadaan manusia berzikir dan saling doa mendoakan antara sesama. Sungguh luar biasa.
Mari kita renungkan. Dalam kehidupan kita sedah berapa kali kita bersin? Mungkin anda gila jika mengiranya. Yang pasti banyak kali. Dan dalam setiap kali kita bersin, kita beradab sebagaimana yang Islam ajarkan, setiap kali itu juga kita menerima doa daripada orang-orang disekeliling kita. Sama ada kenal atau tidak.
Berapa banyakkah kita menerima doa dari manusia tanpa kita sedar? Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini hidup kita penuh nikmat dan kesenangan hasil daripada berkat doa orang-orang ini?
Sungguh manusia itu jahil dan zalim.
Belum lagi doa-doa yang dialunkan oleh kaum muslimin yang lain yang sifatnya umum. Anda tentu tahu bahawa setiap solat jumaat di akhir khutbah ada doa buat seluruh kaum muslimin.
Juga dengan alunan salam tiap kali kita berjumpa dengan kenalan atau teman.
“Sejahtera ke atas kamu”
Nah, berapa banyak lagi orang-orang yang telah mendoakan kita?
Mungkinkah selama ini nikmat yang kita dapat cuma menumpang doa mereka? Kita tahu diri kita penuh dosa. Doa belum tentu Tuhan terima. Tapi tetap hidup kita penuh rahmat.
Subhanallah. Sungguh Islam itu bukan individu. Islam itu ummah. Islam itu jemaah.
Sedarkah kita?
Jika kita sedar, bersyukurkah kita?
“ Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” ujar insan agung dengan kakinya bengkak beribadah kepada Allah.
Dan kita...
Kita hanya menumpang.
p/s :
"Doa seorang muslim untuk saudaranya dari belakang dikabulkan. Di sisi kepalanya ada malaikat yang ditugaskan, setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang ditugaskan dengannya berkata: Amin, dan untukmu semisalnya." ( Sahih Muslim )
About Me
- Insoft
- Dilahirkan tanggal 9 rejab 1405 bersamaan 31 mac 1985 di Tampin,N.Sembilan. Menetap di Gemencheh N.Sembilan sejak dilahirkan. Pendidikan bermula di SK Sg Dua,Gemencheh,SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah,Asasi Sains,Kolej Teknologi Timur dan Universitas Padjadjaran,Bandung. Sekarang bertugas di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.