Politik : Sebuah analogi..
Featured Contents
Latest Posts
Analogi : Politik
Politik : Sebuah analogi..
Usrah : Sebuah keterpaksaan
Usrah : Diri VS Umat
Kisah 1
“ Kami tidak akan meninggalkanmu sampai kamu mencela Muhammad atau memuji latta dan uzza ”
Syarat yang diletakkan oleh musyrikin itu sungguh berat. Tidak mungkin hati yang disinari nur iman dan Islam sanggup untuk melaksanakannya.
Namun Ammar ibn Yasir RA sudah tidak sanggup menahan dasyatnya siksaan demi siksaan. Cahaya matahari yang terik menjamah tubuhnya. Bahang yang panas membakar kulitnya terasa cukup menyakitkan. Batu besar yang menghimpit tubuhnya hingga terbenam dalam pasir yang panas membara. Bebanan emosi tatkala ayah dan ibunya yang tercinta sudah lebih dahulu pergi untuk menghuni taman syurga dengan menyandang gelar syahid. Tidak terdaya lagi bagi Ammar.
Dengan berat hati penuh terpaksa Ammar menuruti kehendak para musyrikin.Puas dan bongkak musyrikin Mekah akhirnya membebaskan beliau.
Dengan hati yang berat sambil bercucuran air mata, Ammar datang menemui Rasulullah SAW yang sebelumnya pernah menberikan kata semangat “ Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kalian dijanjikan syurga” dan mengadukan hal itu kepada baginda Rasul.
Dan Allah menjawab dengan turunya ayat
“ Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman ( dia mendapat kemurkaan Allah ), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman ( dia tidak berdosa)...”( 16 : 106).
Kisah 2
Umat Islam kembali resah. Riak kerisauan jelas terpancar di wajah-wajah kaum muslimin di Habsyah. Kata-kata Amr ibn Ash benar-benar bisa mengancam jiwa dan keselamatan mereka.
“ Wahai Tuan Raja, sesungguhnya mereka menyampaikan perkataan yang tak bisa dianggap enteng tentang Isa ibn Maryam “
Begitulah apa yang dilaporkan kepada Najasyi, sang raja yang beragama Kristian. Dihadapan semua para uskup yang menjadi penasihat di sebuah negara majaoriti Kristian.
Sang Raja lantas memanggil muslimin untuk menjawab pertuduhan itu.
Bagaimana ingin dijawab kepada Sang Raja?
Berkata benar bisa membahayakan diri?
Atau berselindung demi keselamatan bersama?
Tetapi mereka semua sepakat, untuk mengatakan apa yang telah diajarkan oleh insan agung, Rasulullah SAW.
Ja’far ibn Abu Thalib dengan yakin dan tegas menjawab
“ Kami akan mengatakan seperti yang dikatakan oleh Nabi kami, bahawa Isa adalah hamba Allah, RasulNya, RohNya dan KalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, sang perawan suci “
Tanpa disangka oleh semua Sang Raja lantas bangun dan memungut potongan ranting di atas tanah sambil berkata
“ Demi Allah, Isa bin Maryam tidak berbeza jauh dengan apa yang engkau katakan, seperti potongan ranting ini.”
Para uskup mendengus tanda kurang berpuas hati dengan keputusan Raja.
“ Demi Allah, sekalipun kalian mendengus. Pergilah, kalian aman di negeriku.”
Pulanglah wakil musyrikin Mekah dengan kecewa kerana gagal mempengaruhi Sang Raja.
Kisah 3
"Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?"
Imam Ahmad bin Hambal melontarkan soalan kepada Abu Ja’far Al-Anbari. Tangan Sang Imam dibelenggu. Badan Sang Imam penuh dengan kesan-kesan siksaan yang berat. Keengganan Sang Imam menuruti kehendak khalifah pada waktu itu menjerumuskan beliau ke dalam penjara dan siksaan yang berat.
"Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka" jawab Abu Ja’far.
Sang Imam bercucuran air mata.
Semakin teguh pendirian di hatinya.
Contoh yang terbaik
Kata bijak pandai, sejarah adalah guru yang terbaik.
Nah, apa yang dapat kita petik dari ketiga buah kisah di atas?
Ammar bin Yasir menyembunyikan kebenaran pada waktunya demi menyelamatkan dirinya. Dan keputusan ini dibenarkan oleh Allah dan RasulNya. Menyambunyikan keimanan di hati sedang lidah berhelah mengatakan kekafiran. Mengambil jalan selamat untuk dirinya.
Tetapi ketika kejadian yang hampir sama berlaku pada Ja’far bin Abu Thalib dan umat islam yang berhijrah ke Habsyah, mereka mengambil keputusan untuk berkata yang benar dan bakal membahayakan diri walaupun akhirnya mereka selamat dari petaka.
Hal yang sama pada Imam Ahmad bin Hambal. Sang Imam bisa sahaja mengakui kehendak khalifah ketika itu sekadar untuk melindungi dirnya sedangkan hatinya masih tidak membenarkan hakikat itu.
Persoalannya, apakah perbezaan antara Ammar bin Yasir, Ja’far bin Abu Thalib dan Imam Ahmad bin Hambal?
Prinsip kita : Diri VS Umat
Sungguh kita bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang telah terjadi dalam sejarah Islam yang sampai kepada kita.
Agar bisa kita jadikan panduan dan prinsip dalam kita menjalani kehidupan.
Sungguh kita sangat menghormati dan mencintai para tokoh pendahulu kita dari kalangan para sahabat, tabiin, tabi tabiin dan seluruh ulama yang kekal di jalan Allah. Mereka telah memperlihatkan contoh yang terbaik.
Tokoh-tokoh ini berbicara tidak memikirkan dirinya. Mereka meletakkan umat dihadapan berbanding diri mereka sendiri.
Mari kita semak bersama.
Keputusan yang di ambil oleh Ammar bin Yasir adalah untuk keselamatan dirinya sendiri. Keputusannya pada ketika itu sama sekali tidak mempengaruhi pendirian umat. Hanya pada saat itu keselamatan dirinya sahaja yang menjadi taruhan.
Berbeza di saat Ja’far bin Abu Thalib dan muslimin di hadapan Sang Raja Najasyi. Ketika itu jawapan yang keluar atas pendirian kaum muslimin ketika sedang diperhatikan dari segenap sudut. Sang Raja dan para uskup penasihat yang menjadi saksi bagi masyarakat agama kristian. Amru al- Ash menjadi saksi kamum musyrikin. Setiap kata-kata yang keluar akan menggambarkan prinsip agama Islam dan martabat kaum muslimin. Maka Ja’far bin Abu Thalib dengan yakin menyatakan yang haq.
Hal yang sama pada Sang Imam yang soleh. Apa yang keluar dari diri Sang Imam pada saat itu bakal menjadi panutan umat. Bayangkan aqidah umat jika Imam memilih keselamatan dirinya dahulu?
Pada saat ini,umat sedang diuji ujian yang sangat berat. Aqidah umat digoncang dan dihentam dari musuh di luar dan musuh dalam selimut. Prinsip dan harga diri umat Islam di cabik-cabik dan ditelanjangkan. Umat sangat dahagakan pimpinan dan pedoman dari para penerus para nabi. Para ulama warisatul anbiya’.
Sangat disayangkan dan amat malang bagi umat. Sebahagian mereka memilih diri mereka daripada umat.
Nah, sekarang lontarkan pertanyan kepada diri kita.
Kita memilih yang mana?
Apakah prinsip kita?
p/s : Maafkan diriku wahai blog. Lama tak update...
Semak samun meninggi...tebas dengan soalan
Lama sungguh aku tak jenguk blog ini. Semak samun dah meninggi. Cat pun sudah semakin pudar. Antara ketandusan idea dan kata-kata menterjemah idea, kesibukan kerja dan hasutan nafsu kemalasan akhirnya menjadikan blog ini sebagai mangsa. Maafkan daku wahai diriku dan blogku serta teman-temanku.
Perkonsian : Politik...
Salam alaykum..
Jawapan Ustaz Ali Muda |
Wa`laikumussalam warahmatuLlah.
Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.
Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.
InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.
Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?
Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:
1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.
Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.
Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.
Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.
Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.
5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.
7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.
Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.
Madame Ekaterine Corsova Fyodorovna.
Kenal dengan nama ini? Siapa kenal angkat tangan.
Ya, wanita ini bukanlah siapa-siapa. Benar. Wanita ini cuma satu watak yang diciptakan dalam sebuah novel terbaru dari seorang penulis fenomenal. Bahkan bukan watak utama novel. Entah watak keberapa aku tak tahu.
Sekilas aku membaca novel itu, Madame Ekaterine tidak terlalu menjadi perhatianku. Mungkin kerana jalan cerita tetang beliau sangat tipikal dan bisa dibaca jalan ceritanya. Seperti lazimnya cerita Cerekarama mahupun Akasia.
Tapi perbualan dan soalan dari seorang sahabatku beberapa ketika yang lalu membawaku mengingatinya.
“ Akhi, ana mahu minta pendapat anta. Tentang persoalan teman hidup. “
“ Berat persoalan teman hidup ni. Ana pun belum selesai. Tapi tidak mengapa, apa dia?”
“ Apa pendapat anta jika ana nikah dengan bukan ahli gerakan? Bukan ahli mana-mana jemaah? Ana yakin dia pasti tidak akan membenarkan ana keluar usrah pada waktu malam. Ana tidak mahu futur.”
Seorang sahabat yang aku kenal solehah sejak daripada sekolah dan hingga ke universiti sentiasa istiqamah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dalam banyak lapangan dari kerja sosial hingga membantu gerakan politik.
Kini beliau menghadapi sebuah persoalan yang besar dalam membuat keputusan penting dalam hidup.
Bakal teman hidup bukan dari kalangan yang mengikuti gerakan dan jemaah. Jika beza jemaah tidaklah begitu merisaukan.Ini tidak terlibat langsung. Dan bakal menjadi ketua keluarga.
Sebuah persoalan yang sangat wajar.
Seorang yang sudah ditarbiyah dari bangku sekolah bahkan dari dalam didikan keluarga dengan corak tang kental nilai-nilai Islam. Dakwah menjadi makanan harian. Usrah dan halaqah menjadi kerinduan. Tamrin dan daurah tidak terlepaskan. Pasti inginkan seorang pasangan hidup yang minimal sekufu dengan itu. Yang sentiasa memahami tiap apa yang dilakukan bahkan menyokong sepenuh cinta.
Tetapi realiti seringkali dikatakan kejam.
Aku percaya pasti ada lagi yang memiliki persoalan seperti ini. Lebih-lebih lagi mengingatkan pernyataan sahabatku yang memiliki motor berwarna oren
“ Lelaki yang berkualti semakin berkurang. Kasihan wanita-wanita solehah.”
Aku cuma menganggukkan kepala.
Kembali ke Madame Ekaterine.
Tidak perlu aku ceritakan dengan terperinci tentang watak novel yang satu ini. Yang belum membaca novelnya, sila cari tahu sendiri.
Cukuplah aku katakan wanita yang rambutnya separuh putih mempunyai jasa yang besar. Beliau adalah antara sukarelawan yang membantu pelarian perang dari Gaza. Tepatnya di Sabra dan Shatila. Jika hari ini realitinya boleh kita raikan seperti sukarelawan Mavi Marmara atau Rachel Corrie. Bahkan beliau sempat menyelamatkan seorang anak perempuan Palestin dan dijadikan anak angkat.
Tetapi itu sebelum beliau berkahwin.
Tahu siapa yang menjadi teman hidup beliau?
Suami beliau, Eber Jelinek, seorang yahudi tulen yang bangga dilahirkan sebagai yahudi yang menurut para rabai dan hakhom, manusia pilihan Tuhan di muka bumi.
Lebih parah lagi, anak perempuan Palestin yang beliau selamatkan dididik oleh suaminya hingga menjadi agen Mossad dan hidup bergelumang dosa.
Seorang wanita yang berjuang untuk rakyat paletin berkahwin dengan yahudi tulen.
Sudah gila agakanya.
Tetapi Tuhan itu Maha Bijaksana dan Maha Pengasih.
Madame Ekaterina terus berjuang dalam kapasiti beliau hingga akhirnya berjaya membuka hati anak Palestina yang menjadi agen mossad untuk kembali hijrah kepada cahaya Islam.
Bahkan akhirnya menjadi wanita yang berjaya meluluhkan hati Muhammad Ayyas untuk mendoakannya menjadi teman hidup atau anugerah syahid ke atasnya.
Nah,apa kaitannya Madame Ekaterine dengan persaoalan teman hidup sahabatku tadi?
Mencari teman hidup yang soleh apatah lagi seorang yang melibatkan diri dalam jemaah dan gerak kerja dakwah adalah satu yang menjadi keutamaan.
Namum, seperti mana langit yang tidak selalunya cerah, hidup juga tidak selalunya indah. Mungkin ada yang mendapat sebaliknya.
Tetapi, ini bukanlah satu yang perlu selalu dikesalkan. Jika itu sudah menjadi sebuah ketentuan, terimalah dan teruskan perjuangan. Walau bagaimana keadaan sekalipun dalam hidup.
Kawan-kawan yang tidak mendukung. Ibu bapa yang selalu menghalang. Keluarga yang selalu memandang sinis. Poket yang selalu kosong. Perut yang selalu kenyang. Kerjaya yang selalu mendesak.
Teman hidup yang tidak memahami.
Selama-lamanya bukanlah alasan untuk kita berhenti berjuang ataupun berfikir akan futur.
Seperti Madame Ekaterine yang berjodoh dengan yahudi tetapi tetap terus berjuang dengan kemampuannya akhirnya membuahkan hasil anak yang solehah.
Jika dengan menjadi seorang isteri anda tidak mampu untuk ikut usrah, jangan pernah menganggap itu jauh dari perjuangan. Perjuangan lebih besar dari itu.
Jika anda tidak mampu untuk ikut sebuah usrah atau halaqah, pastikan diri ini mendidik dan membina zuriat yang menjadi naqib dan murabbi yang bakal membina 10 bahkan 100 lagi usrah di masa depan.
Perjuangan itu cukup luas.
Teruskan bekerja. Biarlah Allah dan orang-orang beriman melihat dan menilai kerja-kerja itu.
Mungkin ada yang mengatakan “ dalam novel, bolehlah reka jalan cerita”.
Percaya dan yakinlah, aku sudahpun berjumpa dengan insan yang hampir sama di bumi Malaysia.
Selamat berjuang dan bekerja.
Beberapa?
“ Apakah interpretasi anda pada satu perkataan ini? ”
“ BEBERAPA”
Seperti biasa, sebelum ke poliklinik setiap pagi, aku akan menyempatkan diri menonton berita di televisyen. entah kenapa, pagi itu bukan berita yang ada, tetapi rancangan bersama motivator terkenal Indonesia, Pak Mario Teguh.
“ Jika saya katakan di belakang ruang ini ada BEBERAPA orang sedang bermesyuarat, berapa oragkah yang ada? ”
Soal Pak Mario kepada para hadirin.
“ 3-4 orang ”
“ 2-10 orang ”
“ Tidak terbatas ”
“ 100 orang ”
“ 4-7 orang ”
Berbagai-bagai jawapan yang diterima dan diberikan oleh para hadirin.
“ Jika anda sedang bekerja dengan atasan anda, atasan anda meminta anda untuk membuatkan kopi untuk BEBERAPA tetamu atasan anda, berapa banyakkah kopi yang anda akan buat ? ”
“ Anda memahami BEBERAPA adalah 3-4 orang. Apa yang akan terjadi jika atasan anda memahami BEBERAPA adalah 100 orang bahkan tidak terbatas? ”
Hanya sebuah perkataan dari bahasa yang sama bisa menimbulkan bermacam pemahaman sehingga boleh menimbulkan konflik. Bayangkan terhadap pelbagai persoalan dan kejadian yang ada dalam kehidupan kita.
Jika anda BELUM MEMAHAMI maksud orang lain sehingga melihat adanya PERBEDAAN, BERSABARLAH dan cuba memahaminya perlahan-lahan. Kerana boleh jadi apa yang dimaksudkan oleh orang itu SAMA dengan apa yang anda maksudkan.
Salam Super...
P/S : Jangan sampai konflik dan sengkata bukan disebabkan perbeza pendapat atau pandangan, tetapi kerana kita TIDAK SABAR terhadap sesuatau yang kita tidak paham.
"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." (3: 146)
About Me
- Insoft
- Dilahirkan tanggal 9 rejab 1405 bersamaan 31 mac 1985 di Tampin,N.Sembilan. Menetap di Gemencheh N.Sembilan sejak dilahirkan. Pendidikan bermula di SK Sg Dua,Gemencheh,SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah,Asasi Sains,Kolej Teknologi Timur dan Universitas Padjadjaran,Bandung. Sekarang bertugas di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.