You Are Reading

1

Pecinta wanita

Insoft Friday, October 24, 2008

"Aku memang pecinta wanita,tapi ku bukan buaya..."

Kata saudara Irwansyah dalam lagunya yang terkenal "Pecinta wanita".

Siapa yang tidak cinta wanita??

Mari kita meneliti status dan pembelaan wanita dalam sejarah dunia. Dalam masyarakat Babylon misalnya,jika seorang suami membunuh seseorang,isterinya harus menggantikannya bagi dihukum mati. Enak ya bagi para suami. Sebelum membunuh nikah dahulu,lepas hukum mati. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah daripada lelaki dengan aktiviti pelacuran dikatakan biasa oleh mereka. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita sebagai lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab mewairsi tradisi membunuh anak perempuan mereka. Masyarakat Hindu lebih dasyat lagi,mereka membakar seorang isteri bersama mayat suaminya. Hakim Mahkamah Delhi Mr. Rajindar Sachar menyatakan :

"...Historically, Islam had been very liberal and progressive in granting property rights to women. It is fact that there wre no propety rights given to Hindu women unitl 1956,when Hindu Code Bill was passed, whereas Islam had granted these rights to Muslim women over 1400 years ago."

Sabda Nabi Saw
"Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka, maka mereka menjadi penghalang baginya daripada api neraka"
( HR Bukhari dan Muslim)

Nah,lihat bertapa Islam berbeza dalam mengangkat hak dan maruah seorang wanita hingga diakui oleh agama lain. Wanita diiktiraf dan dijamin hak mereka di bawah sistem dan undang-undang keluarga Islam.

Tetapi aneh...

"We are unique in that we actively legally discreminate against women who are arguably the majority in thic country, muslim women. Non-muslim Malaysian women have benefited from more proggressive laws over the years while the opposite has happened for muslim women"

Ini merupakan kenyataan seorang aktivis wanita di malaysia yang juga anak kepada mantan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar tempatan sekitar Mac 2006.

Kata penulis lagi,
" These differences between the lot of Muslim women and non-Muslim beg the question : Do we have two categories of citizenship in Malaysia,whereby most female citizens have less rights than others? As non-Muslim women catch up with women in the rest of the world, Muslim women here are only going backwards. We should note that only in Malaysia are Muslim women regressing ; in every other Muslim country in this world,women have been gaining rights,not losing them"

Satu persoalan,benarkah terdapat "double standard" dalam undang-undang terhadap wanita Islam di Malaysia seperti yang dinyatakan? Wanita Muslim di Malaysia telah dinafikan hak-hak mereka?

Atau ini adalah propaganda golongan feminisme ekstreme??

1 comments:

zeurg said...

salam

aku sekadar beri pandangan,

sejauh mana kita melihat iman dan islam itu sebagai nikmat? atau kita sekadar melihatnya sebagai satu kongkongan? jika tidak merasa nikmat dari peraturan yang diberi oleh Tuhan, maka dengan mudahnya kita mendewakan sistem bukan Islam yang sebenarnya menindas dan tidak adil.

sebenarnya kita buta dari melihat kebenaran. melihat wahyu hanya dari sudut akal hanya membawa kepada protes dan kedunguan yang melampau. kerana yang datang dari Allah itu mengatasi logik sedangkan akal hanya terbelenggu dengan kongkongan fizik. maksud aku, hari ini kehinaan itu dipandang mulia kerana batasan logik. bila manusia melihat membuka aurat itu satu keindahan, kebebasan bergaul sebagai nikmat kehidupan, maka undang2 Allah itu menjadi kongkongan.

hidup sudah tidak berkamuskan islam, maka keindahan dan nikmat itu sudah disalahtafsirkan. yang jijik dan hina itulah yang disanjung sedangkan kebenaran itu ditolak.

kadang2 aku bermuhasabah,berfikir...
adakah selama ini aku mengikut peraturan kerana taat?atau aku sekadar mengikut peraturan kerana ia diterima akal?maksud aku, kenapa aku tak makan babi?adakah kerana aku taat pada Allah?ataupun sebab kata akal yang tahu babi itu kotor dan jijik?dan sebagai contoh, ramai muslim yang main judi tapi tak makan babi,adakah kerana taat?atau merasakan babi itu kotor?sedangkan judi itu tidak kurang kotornya dari babi..

lalu aku sedar yang selama ini,akal masih menjadi raja.meskipun tak pernah kulafaz, namun sentiasa aku persoalkan kenapa.jika aku benar2 cinta, maka aku harus terus percaya. seperti saidina abu bakar yang serta merta memusnahkan simpanan araknya sejurus wahyu pengharaman arak.tak banyak soal pun!takde pun nak tanya2 kenapa...

maka jelas,betapa tertipunya manusia.yang dilihatnya bukan yang nyata.hanya refleksi yang disalah erti.melihat lukisan yang cantik, lalu dikatanya lukisan itu hebat.padahal yang hebat tentulah pelukis lukisan itu, dan hakikatnya pencipta pelukis itulah Yang Maha Hebat..betapa tertipunya..

hakikat bercermin,yang melihat diri tidak melihat diri.hanya cermin.kerana diri itu satu.dan jika diri yang melihat cermin itu melihat diri di dalam cermin,maka tertipulah diri itu pada bayang.kerana sifat bayang itu tertakluk pada diri yang melihat cermin,bertentangan dengan diri yang sifatnya berdiri di atas kewujudannya.
manusia melihat alam,maka disangkanya alam ini benar.lalu alam itu didewakannya.sedangkan dunia itu cermin,dan alam itu bayang yang tidak bersifat.ia hanya refleksi satu kewujudan yang hanya satu.dan kejadian kau dan aku juga hanyalah refleksi pada kewujudan itu.kewujudan yang Satu.


..ade lagi insoft ni ye sein..haha

 
Copyright 2010 InSoft...