You Are Reading

4

Melayu vs Islam atau...

Insoft Sunday, January 25, 2009
Arikel dari blog sahabat Ahmad tentang Ketuanan Melayu VS Ketuanan Islam mengajak aku untuk turut sama berpendapat.Aku bukan orang pandai,sekadar berkongsi pendapat sendiri serta pandangan sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh semasa. Salah silap maaf dipinta.

Ketika diletakan perkataan “VS” seolah-olah menyatakan kedua perkara adalah bertentangan dan berbeza. Kita harus memilih mahu Islam atau Melayu.

Maaflah, aku tidak mampu untuk “say no” kepada salah satu darinya setelah melihat kepada realiti di malaysia.



Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam

" Melayu itu, Melayu ini, bangga sangat dengan bangsa Melayu. Mereka lupa sejarah Melayu bangun bersama dan dengan adanya Islam ".

Aku masih ingat kata-kata abah ketika pulang dari menjadi panel dalam forum anjuran BTN kepada penduduk Felda Bukit Rokan Gemencheh sekitar awal tahun 2000.Aku tak tahu sangat sejarah walaupun ummi cikgu sejarah,tetapi setakat yang aku belajar,sejarah membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh orang Melayu dengan asas islam dan ketika Parameswara memeluk Islam,maka berkembanglah tamadun Melayu sehingga membentuk empayar yang besar di alam melayu khasnya dan dunia amnya. Tidak akan ada tamadun Melayu jika tiada Islam. Islam dan Melayu adalah satu.

Melayu dari segi perundangan dan perlembangaan jelas menetapkan tiga ciri Melayu iaitu beragama Islam,betutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu. Nah, jelas dalam konteks negara Malaysia Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.

Membela Melayu adalah membela Islam,membela Islam adalah membela Melayu

Melihat kepada konteks dan realiti Malaysia. Majoriti masyarakat Melayu adalah beragama Islam.Malah boleh dikatakan semua.Umat Islam di Malaysia adalah bangsa Melayu. Malah jika ada bangsa lain memeluk Islam,ia dikatakan masuk Melayu. Ketika dikatakan membela nasib Melayu,ia adalah membela nasib Islam. Membela islam adalah membela Melayu. Lihat saja bila kita sebut orang Islam,pasti yg terbayang adalah org Melayu,dan ketika disebut Islam,pasti wajah sama akan keluar.

Sekali lagi melihat kepada realiti tempatan, siapa lagi yang akan membela nasib dan memperjuangkan Islam kalau bukan orang Melayu? Ketika Islam dihina atau dilecehkan,yang keluar membantah dan membela adalah bangsa Melayu. Kalau pun ada bangsa lain,ia cuma segelintir dan masih majoriti adalah Melayu.

Islam juga meletakkan dasar bahawa membela golongan miskin dan pendapatan rendah. Di Malaysia, majoritinya adalah Melayau.



Membuang Islam bererti membuang Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Sesiapa yang menolak Islam tidak boleh mendabik dada mengatakan dia membela nasib bangsa.
Begitu juga yang golongan yang mendabik dada memperjuangkan Islam sehingga memperleceh perjuangan bangsa dan lupa bahawa mereka adalah bangsa Melayu.
Berlakulah pertembungan antara keduanya walaupun hakikatnya mereka adalah sebangsa dan seagama.
Islam adalah hidayah dan syahadah. Melayu adalah fitrah dan darah. Mana mungkin terpisah.

Nasionalis dan fundamentalis agama VS “Nafsu-serakis”

Musuh sebenar adalah golongan “nafsu-serakis” yang berjuang demi malayan nafsu serakah mereka dan kepentingan perut dan periuk nasi sendiri dan kroni serta mengaut sebanyak-banyaknya keuntungan dan kesempatan disebalik pertembungan 2 golongan pejuang bangsa dan pejuang agama. Golongan ini wujud dengan topeng pejuang bangsa dan juga topeng pejuang agama. Mereka sentiasa mempunyai "hidden agenda" disebalik apa yang mereka laungkan. Mereka berusaha sekuatnya agar keduanya tidak bersatu agar segala kepentingan mereka terjamin dan tidak tergadai. Golongan ini rela memperalatkan agama dan mengorbankan bangsa demi memenuhi kocek dan perut mereka. Mereka telah hilang nurani orang Islam dan idendititi bangsa Melayu.




Ayuh orang Islam-Melayu atau Melayu-Islam,bukan masanya untuk saling bercakaran. Mari kita menilai dengan hati yang tulus,niat yang ikhlas,pemikiran yang jernih dan dada yang lapang.Kita harus kembali kepada "real problem" daripada terlalu asyik dengan "presented problem". Musuh kita adalah satu. Hapuskan golongan nafsu serakis walau dimana mereka berada. Dalam badan-badan kerajana, parti-parti politik,pertubuhan bukan kerajaan,organisasi masyarakat,pertubuhan mahasiswa dan pelajar dan di mana juga mereka berada.Dengan izinNya, Melayu akan cemerlang,Islam akan gemilang dan umat akan terbilang.

Hapuskan Melayu haprak,benteras Islam jumud.

Then, we can go international. Palestin menunggu.

4 comments:

Dr Amad said...

Alhamdulillah terbuka juga nta nak tulis article panjang-panjang.Itu pun setelah terprovokasi dengan tajuk article terbaru di blog ana.huhu.Btw,itu hanya tajuk dengan niat orang terprovoke dan seterusnya berfikir tentang soal Islam dan Melayu.Dan juga secara prinsipnya, Melayu tidak vs Islam pun.melayu dapat pergi jauh dengan mengamalkan sepenuhnya Islam.Sape tidak sayang bangsa oiii..hik3

Insoft said...

hahaha...ana sesekali boleh la nak tulis...lain2...boh skit jek..lain "lu pk la sendri"...pape pun ikhlaskan hati membangun ummah!!

Insoft said...

Suke utk highlightkan jargon buku dari ust pahrol..Dilema Melayu-Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir

Dr Amad said...

Rasanya realiti masyarakat sekarang,fikir pun kurang,zikir pun kurang...biru-haru....

 
Copyright 2010 InSoft...