You Are Reading

0

Jemaah

Insoft Tuesday, February 17, 2009

"Jemaah ni ana analogikan bagai ayah ibu dengan anak-anak mereka. Kalau anak-anak merasa ibu bapa mereka tidak dapat memberikan yang terbaik pada mereka,takkan mereka nak keluar rumah,berpindah ibu bapa kepada orang lain,duduk rumah jiran yang merasakan lebih baik dari ibu bapa mereka"

Komen seorang sahabat muslimat tentang isu berbilang jemaah dan mereka yang keluar jemaah kerana masalah dengan jemaah yang bermacam-macam kekurangan pada kaca mata mereka. Melompat juga kot namanya.

Extreme...extreme...aku rasa analogi yang agak extreme...masa jemaah sama dengan keluarga,ibu ayah.

"Loh,kata ukhuwah islamiyah abadan abada. Kata satu usrah,halaqah. Atau sekadar retorik belaka?"

Adeh.

Betul juga ya.

"Tapi ukhty, jangan lupa,Islam mengajar kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hanya hidup dalam keluarga nukleus. Orang tua dan anak-anak sahaja. Kita ada jiran-jiran dan masyarakat.Anak jiran anak kita juga."

Memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam satu keluarga bukan hanya tugas dari ibu bapa semata. Ia adalah satu tugas yang dibebankan kepada ibu bapa dan anggota masyarakat. Jika jiran kita cuma memiliki motorsikal,kita yang ada kereta bantu menghantar anak jiran bersama anak kita ke sekolah. Jiran ada tanam sayur,berbagi dengan kita untuk dinikmati.Tegur-menegur sesama jiran jika ada kesalahan.

Bersama mendidik anak-anak bukan bermakna cuba mengambil mereka dari ibu bapa mereka. Bukan juga lari daripada rumah ibu bapa mencari ibu bapa yang baru. Ia adalah sebuah sinergi dalam sebuah komuniti berbagai keluarga.

Yang menjadi persoalan. Sejauh mana ibu bapa menerima baik anak mereka dinasihati oleh orang lain? Anak dimarah cikgu di sekolah pun melenting bukan main.

Sejauh mana ibu bapa sedar kelemahan mereka dan bersedia mencari bantuan orang lain dalam memperbaiki kelemahan mereka?

Jemaah itu sebuah keluarga.

0 comments:

 
Copyright 2010 InSoft...