You Are Reading

0

Sharing : Anti Stress

Insoft Wednesday, February 3, 2010


Seorang anak baru berusia 6 tahun dan baru belajar menulis dan membaca di TASKI ditinggal sendirian di rumah sementara ibunya keluar ke kedai berdekatan membeli sedikit keperluan rumah.

Tiba-tiba telefon berbunyi dan si anak ini segera menjawab panggilan itu. Yang di telefon adalah kawan ayah si anak, Zakaria.

"Minta maaf pakcik, di rumah tinggal saya seorang sahaja. Pakcik boleh tinggalkan pesanan sahaja ya" kata si anak ketika menjawab telefon tersebut.

"OK. Pakcik tinggalkan pesanan untuk ayah ya"

" Saya ambil pensil dan kertas sebentar" kata si anak.

" OK. Sudah. Siapa nama pakcik?"

"Zakaria"

" Macam mana ejaannya pakcik?"

" Z-A-K-A-R-I-A" eja pakcik Zakaria perlahan-lahan.

Setelah beberapa lama terdiam, tiba-tiba si anak berkata

" Pakcik, macam mana hendak menulis huruf 'Z'?"



p/s : Hidup adalah pilihan. Pilihlah untuk gembira dan bahagia tiap waktu.

p/s : Cerita di ambil dari buku " Seni Mempengaruhi Orang Dengan Tawa" karya Andrias Haref dengan sedikit alih bahasa.


0 comments:

 
Copyright 2010 InSoft...