Dasat sungguh ore klate...
"Kito kalau jahak pun jange dok sekat ore wat baik"
Fiqh : Ketam..

Tanya seorang teman ketika melihat-lihat ruang makanan laut di Jatinangor Town Square (Jatos).
Aduh, susah juga soalan. Ada banyak perbincangan ulama' tentang halal dan haramnya ketam khususnya dan binatang yang hidup dua alam amnya.
Sejenak berfikir sambil cuba mengingat fatwa-fatwa ulama' yang muktabar. Teringat tentang dasar hukum selain perkara-perkara ibadah seperti muammalat,asal segala perkara adalah halal kecuali ada dalil yang mengatakan ia haram.
Hmm..
"Ketam yang haram ialah...buat pinjaman bank ada bunga(riba'), lepas tu gi beli ketam"
Aku berlalu sambil ketawa. Muahahaha...
Pecinta wanita

"Aku memang pecinta wanita,tapi ku bukan buaya..."
Kata saudara Irwansyah dalam lagunya yang terkenal "Pecinta wanita".
Siapa yang tidak cinta wanita??
Mari kita meneliti status dan pembelaan wanita dalam sejarah dunia. Dalam masyarakat Babylon misalnya,jika seorang suami membunuh seseorang,isterinya harus menggantikannya bagi dihukum mati. Enak ya bagi para suami. Sebelum membunuh nikah dahulu,lepas hukum mati. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah daripada lelaki dengan aktiviti pelacuran dikatakan biasa oleh mereka. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita sebagai lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab mewairsi tradisi membunuh anak perempuan mereka. Masyarakat Hindu lebih dasyat lagi,mereka membakar seorang isteri bersama mayat suaminya. Hakim Mahkamah Delhi Mr. Rajindar Sachar menyatakan :
"...Historically, Islam had been very liberal and progressive in granting property rights to women. It is fact that there wre no propety rights given to Hindu women unitl 1956,when Hindu Code Bill was passed, whereas Islam had granted these rights to Muslim women over 1400 years ago."
Sabda Nabi Saw
"Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka, maka mereka menjadi penghalang baginya daripada api neraka"
( HR Bukhari dan Muslim)
Nah,lihat bertapa Islam berbeza dalam mengangkat hak dan maruah seorang wanita hingga diakui oleh agama lain. Wanita diiktiraf dan dijamin hak mereka di bawah sistem dan undang-undang keluarga Islam.
Tetapi aneh...
"We are unique in that we actively legally discreminate against women who are arguably the majority in thic country, muslim women. Non-muslim Malaysian women have benefited from more proggressive laws over the years while the opposite has happened for muslim women"
Ini merupakan kenyataan seorang aktivis wanita di malaysia yang juga anak kepada mantan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar tempatan sekitar Mac 2006.
Kata penulis lagi,
" These differences between the lot of Muslim women and non-Muslim beg the question : Do we have two categories of citizenship in Malaysia,whereby most female citizens have less rights than others? As non-Muslim women catch up with women in the rest of the world, Muslim women here are only going backwards. We should note that only in Malaysia are Muslim women regressing ; in every other Muslim country in this world,women have been gaining rights,not losing them"
Satu persoalan,benarkah terdapat "double standard" dalam undang-undang terhadap wanita Islam di Malaysia seperti yang dinyatakan? Wanita Muslim di Malaysia telah dinafikan hak-hak mereka?
Atau ini adalah propaganda golongan feminisme ekstreme??
Faith..
Tiba-tiba salah seorang junior bertanya.
“Ada kawan aku tanya tadi. Belum Islam.”
Mari kita terjemah supaya mudah faham. English pun cukup makan.
“Bagaimanakah kamu wahai orang-orang Islam tahu yang Islam yang kamu anuti selama ini,ada yang sejak dari lahir,adalah jalan yang BENAR?”
“Lama aku belajar agama,tetapi tetap tidak dapat jawab.”
Puji dan syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang dan rezeki olehNya untuk berada dalam bidang perubatan yang memerlukan kemampuan berfikir dan mengambil sebarang keputusan berdasarkan fakta dan bukti. Salah satu tajuk kuliah di fakulti adalah EBM atau “Evidance Base Medicine”. Jika kamu menyatakan sesuatu,kemukakan BUKTINYA!
Mari kita ambil satu kes penyakit.Kebetulan baru selasai perbincangan tentang kes penyakit TB atau Tuberculosis,satu jangkitan oleh Mycobacterium tuberculosis pada sel paru-paru. Indonesia adalah merupakan negara ketiga selepas India dan China dalam statistik penyakit ini.
Bagaimana seorang doktor mengesahkan bahawa terjadinya jangkitan Tuberculosis pada seseorang?
Lihat pada tanda-tanda penyakit itu. Salah satu tanda jangkitan TB adalah darah pada batuk berkahak. Sekiranya kita mendapati adanya darah pada kahaknya,kita menduga bahawa ini adalah TB.
Tetapi adakah kita benar-benar pasti itu adalah TB?
Masih belum. Adanya barah paru-paru juga boleh menyebabkan darah pada kahak. Kita perlu jalankan pemeriksaan makmal terhadap kahak itu. Kita lihat di bawah mikroskop,kita temui adanya bakteria berbentuk rod dalam pewarnaan Zeihl-Nelsen. Semaki kuat keyakinan kita bahawa ini adalah jangkitan TB.
Tetapi,adakah kita benar-benar boleh memastikan ini adalah Mycobacterium tuberculosis? Sabar dulu. Mungkin juga ia adalah spesis Nocardia.
Kita terus mengkaji. Rupa-rupanya untuk standar diagnosis pasti bagi TB adalah untuk mengkultur bakteria. Setelah di kultur selama 4-8 minggu,ternyata hasilnya positif. Maka dengan ini yakinlah sudah bahawa ini adalah jangkitan Mycobacterium tuberculosis.
Kembali ke soalan junior tadi. Kita mahu mencari agama yang benar,tapi bagaimankah kita tahu kebenaran sesuatu agama? Lebih-lebih lagi dalam era terdapat slogan “semua agama sama” dari sesetangah pihak. Kebenaran semakin kabur.
Mari kita terapkan prinsip yang sama dalam EBM dalam kita beragama. Bolehlah kita namakan EBR atau “Evidance Base Religion”.
Kita lantas berfikir akan tanda-tanda agama yang benar ialah mestilah agama itu menganjurkan penganutnya mengerjakan kebaikan sesama manusia. Kita semak pada semua agama yang ada. Ternyata kebanyakan agama mengarahkan penganutnya ke arah berbuat baik kepada sesama. Masih belum cukup syarat menyeru kepada kebaikan untuk menentukan agama yang benar.
Kita lalu menambah lagi,agama yang benar mesti melarang kepada perkara kejahatan. Sekali lagi kita semak. Aduh, masih sama. Tiada agama setakat yang kita lihat tidak membenci kejahatan.
Slogan “Semua agama adalah sama kerana semua menyuruh kepada berbuat baik dan melarang kejahatan” sudah tidak boleh di terima untuk mencari agama yang benar.
Kita berfikir lagi. Apakah rujukan yang ada dari setiap agama ya?
"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(al-Baqarah 2:2)
KITAB!!!
Setiap agama pasti akan ada sumber rujukan utama mereka yang merupakan kitab-kitab mereka. Bible untuk penganut Kristian. Talmut untuk yahudi. Kitab-kitab Veda untuk Hindu. Bagi kita selaku umat Islam,bukti paling tepat, terkuat dan paling sahih tentang Islam adalah Al-Quran yang agung,mukjizat terbesar Rasulullah saw. Mahu tahu Islam,lihat dan baca Al-Quran.
Pelbagai kajian telah dibuat tentang pembuktian kebenaran Al-Quran. Ribuan bahkan lebih lagi telah beriman setelah membaca dan mengkaji Al-Quran.
Inilah bukti tentang kebenaran Islam. Inilah bukti bahawa kita umat Islam,berada di jalan yang benar.
Jika ada yang bertanya lagi tanpa ragu-ragu, tunjukkan Al-Quran.
Dan katakanlah,
“Ini bukti aku berada di jalan yang benar. Tidak percaya?? Silakan baca dan kaji.”
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..."
(al-Baqarah 2:256)
Tiba-tiba,seorang pelajar perubatan bertanya,
“kenapa perlu dalil-dalil semua ini?”
Aneh...
Ust Badrul : i'm a Muslim...
Terkejut Ust Badrul dengan ucapan itu.
"Kenapa kata begitu brader?"
"Yela ust, dalam Islam itu tak boleh,ini tak boleh,makan itu tak boleh ,makan ini tak boleh,minum itu tak boleh,minum ini tak boleh,pakai itu tak boleh,pakai ini tak boleh, sume tak boleh,bosan la.."
"Oho,baik,cube kamu pejamkan mata,bayangkan dalam dunia ini semua benda boleh,amacam?"
"Wah,fantastik![lagi dasyat dari seronok]"
PANG!!!

"Uiks,ape pasala ust tampar saya? sakit la ust..isk..isk,"
"La,tadi kate fantastik. Sume benda boleh. Melempang boleh,dilempang boleh,mencuri boleh,dicuri boleh,membunuh boleh,dibunuh boleh. Macam mana? Seronok?"
"Tak seronok...isk..isk..,"
Buat sahabat...

Ya ALLAH
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMU dan ENGKAU adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya ALLAH
Jangan ENGKAU tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah ENGKAU ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah ENGKAU tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah ENGKAU hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah ENGKAU bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah ENGKAU sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah ENGKAU redhai dan tepat untuknya melainkan telah ENGKAU tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya ALLAH
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMU dan berubahnya kesejahteraanMU dan mendadaknya seksaMU dan berbagai macam murkaMU
Ya ALLAH
Sungguhnya aku bermohon kepadaMU tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMU
Ya ALLAH
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. ENGKAUah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya ALLAH
Sungguhnya aku bermohon kepadaMU bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya ALLAH, aku bermohon baginya kepadaMU tingkat yang tinggi di syurga. Ya ALLAH perkenankanlah permohonanku.
mata pandang depan ...
kaki terus jalan
"Biar terbuang terus berjuang".
Senyum mujahid menuju syahid!
About Me
- Insoft
- Dilahirkan tanggal 9 rejab 1405 bersamaan 31 mac 1985 di Tampin,N.Sembilan. Menetap di Gemencheh N.Sembilan sejak dilahirkan. Pendidikan bermula di SK Sg Dua,Gemencheh,SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah,Asasi Sains,Kolej Teknologi Timur dan Universitas Padjadjaran,Bandung. Sekarang bertugas di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.