You Are Reading

3

Nasyid

Insoft Saturday, March 28, 2009
"Mohsein,esok bawa radio ye, Ustazah nak pinjam" pinta Ustazah Fakharatul Azmiah, ustazah aku di TASKI ABIM. Antara permintaan ustazah yang paling aku suka. Mesti esok ustazah mahu ajarkan kami semua nasyid.Taski tidak mempunyai radio. Memandangkan abah adalah pengurus taski, selalu radio di rumah yang dipinjamkan.


TASKI ABIM Gemencheh 1991

Aku memang suka dan minat nasyid. Dari kecil hari-hariku dipenuhi dengan suara Ust Asri, Munif dan lain-lain kumpulan dari OVA. Kaset murah,cuma rm6 sebuah. Berkotak kaset ada di rumah. Walaupun kadangkala aku mendengar lagu All For One, Boys To Men dan Iklim,nasyid tetap menjadi pilihan utama. Ketika itu yang mendengar nasyid adalah pak-pak lebai dan para ustazah. Yang pakai kopiah dan tudung labuh. Nasyid pula kebanyakkan berkisar tentang perjuangan dan dakwah. Masyarakat masih belum kenal dengan nasyid.

Aduh-aduh sayang orang kaya tak sembahyang (2x)
Nabi Allah Sulaiman, kaya pun sembahyang (2x)

Aduh-aduh sayang orang cantik tak sembahyang (2x)
Nabi Allah Yusuf, cantik pun sembahyang (2x)

Antara nasyid yang di ajarkan di Taski dahulu.



Pada dasarnya,nasyid adalah salah satu cabang dan bentuk dakwah kepada Allah. Selain daripada ceramah,majalah dan forum.Ia merupakan bentuk yang sangat santai dan ceria.

Nasyid adalah untuk mendidik.

Nasyid adalah untuk meniupkan semangat.

Nasyid adalah untuk menyeru kepada kebaikan.

Nasyid mencegah kepada kemungkaran.

Nasyid bisa melembutkan hati.

Nasyid bisa menitiskan air mata taubat.

Paling penting, nasyid adalah seruan kepada Allah swt.

Semalam aku menjadi juri kepada pertandingan nasyid di fakulti sempena Bulan Kesenian dan Kebudayaan Islam. Tahniah kepada semua kumpulan kerana telah membuat persembahan yang baik dan mantap meskipun dalam masa yang terbatas. Syabas!

Namun aku tidak berpuas hati. Pertandinga nasyid semalam tidak jauh bezanya dengan pertandingan AF atau OIAM.

Melihat kepada penuhnya ruang kuliah A33,menunujukkan peminat nasyid semakin ramai dan diterima ramai. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik. Namun sayangnya nasyid belum lagi berfungsi sebagaimana layaknya. Nasyid ketika ini hanya sekadar muzik alternatif. Sekadar satu genre dalam muzik seperti pop rock dan irama malaysia. Nasyid belum mampu menjadi sebagai agen dakwah. Nasyid masih belum menjadi sarana pembentukan masyarakat yang soleh. Nasyid hanya sekadar hiburan yang belum mampu mendidik.

Mungkin kerana faktor lirik.
Mungkin penataan muzik dan irama.
Mungkin suara kurang merdu dan harmoni.
Atau, para penasyid itu sendiri.

"Esok saya mahu kamu sudah memotong rambut. Kamu menyanyi nasyid tetapi imej buruk" marah cikgu muzik sekolah aku ketika sedang berlatih nasyid untuk pertandingan anti dadah peringkat Negeri Sembilan masih kekal dalam ingatanku.


Group Nasyid KTT 2004

Elemen terpenting dalam nasyid adalah para penasyidnya. Para penasyid bukan sekadar penyanyi. Penasyid adalah daei yang menyanyi. Mereka adalah para pendakwah. Satu baris dengan para ustaz. Perlunya para penasyid untuk benar-benar memahami dan menghayati sepenuh hati tiap bait kata yang mereka lantunkan dalam nasyid mereka. Apa yang keluar dari bibir mereka haruslah hadir daripada hati yang bersih dan tulus. Ketika itu barulah nasyid mereka akan dapat menyentuh hati para pendengar. Dari hati jatuh ke hati. Apabila hati disentuh,baru perubahan akan dilakukan.

Paling kurang,penghayatan para penasyid dengan nasyid mereka harus setaraf dengan Zamani ketika mendendangkan lagu Gerimis Mengundang sambil menitiskan air mata.Aku pun ikut tangkap sedih.

Mari kita sama-sama evaluasi kembali tahap keberkesanan nasyid kita pada hari ini. Kita renungkan kembali apa tujuan kita mendengar nasyid. Tujuan kita bernasyid.

Kepada para penasyid atau bekas penasyid, sama-sama renungkan motto yang dilancarkan oleh Aliansi Nasyid Indonesia.

"Tim Nasyid, Ngak Ngaji Ngak Keren"

3 comments:

Unknown said...

Penasyid itu sedang 'menjual' dakwah..

Jangan hebat ngobrolan semata2,tapi 'dakwah ' tak terjual ;-)

Dr Amad said...

Bila penyanyi bernasyid dengan tidak bertujuan menjual "Allah" pada pendengarnya,terjadilah seperti artis nasyid jadi bapok,nyanyi lagu Alicia...euwwwww...meremang bulu tgn den...

Insoft said...

Setuju Zulfahmi. Perkataan DAKWAH perlu ada dalam diri setiap penasyid.

Ahmad, boleh muntah dibuatnya. Ikut jejak seorang brader nasyid menang JL kot. Kalau Ust Asri join bleh menang aku rasa.

 
Copyright 2010 InSoft...