Archives

0

Tips membuat dosa.

Insoft Monday, April 6, 2009
Sesiapa ingin membuat dosa , sedikit tips untuk anda :

1. Jika anda mahu membuat dosa, carilah tempat yang lain dari yang ada sekarang. Sebab Tuan punya dunia ini marah dan murka dengan kemungkaran dan dosa.  Sudahlah menumpang,ingin membuat onar dengan Tuan punya, sungguh tidak bertamadun. Kalau tidak pun, cari tempat yang rasanya Allah tidak nampak. Kalau jumpa.

2. Jika anda sudah bersusah payah dan  tidak bertemu dengan dunia lain, hendaklah anda membuat dosa secara sembunyi-sembunyi. Masuk dalam bilik,kunci pintu.Tutup tingkap dan lubang yang ada. Kalau boleh tutup lampu. Sebab jika ada yang melihat anda dan meniru perbuatan anda, tak pasal-pasal anda dapat saham sama dari dosa yang mereka lakukan kerana mendapat ilham dari anda.

3. Jika anda tidak mampu bersembunyi dan mahu lakukan terang-terangan juga, cari tempat yang orang tidak kenal anda, bapa dan ibu anda, adik beradik anda serta sanak saudara dan kenalan anda. Terjaga sedikit nama baik mereka. Paling pun orang mengata " Anak sapa la tu?". Selamat nama baik keluarga anda dan selamat orang tidak mengumpat dan mengata.

4. Sesudah anda melakukan dosa, pastikan tiada kesan atau tinggalan dari perbuatan anda. Buang semuanya. Laptop, HP, baju  seluar dan lain-lain.Supaya tidak memudahkan anda mengulangi dosa itu. Atau mengelakkan orang lain menggunakannya. Dapat saham lagi nanti.

5. Sesudah anda membuat dosa, segera anda pergi ke tepian jalan. Cari minimum 20 orang pengemis. Sedekahkan setiap orang RM10. Kemudian pergi cari 10 orang rakan. Belanja makan. Tapi jangan di McD. Boikot. Untuk apa? Nabi pesan tutuplah kejahatan dengan kebaikan. Mudah-mudahan dengan anda membelanjakan harta kepada orang lain, Allah buka pintu-pintu dan jalan-jalan membuat kebaikan kepada anda. Dengan ini anda akan kurang berbuat dosa.

6. Terakhir. Jadilah sebaik-baik orang yang berdosa. Orang berdosa yang terbaik ialah mereka yang bertaubat. Ambil wudhu, solat 2 rakaat mohon ampun dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Amaran : Tips-tips ini hanya boleh dilakukan sebelum anda MATI. Kalau sudah MATI, tak dapek den nolong do...
 
Copyright 2010 InSoft...