Archives

0

MAKES Camp : Syabas dan Dasyat!

Insoft Tuesday, December 29, 2009


May all your dreams, turn into goals
0

PERMAI 2010 (Awang suh bubuh...)

Insoft Sunday, December 20, 2009








ada cadangan lagu tema?
0

Antibiotic 5 di tanah Sunda

Insoft Tuesday, December 15, 2009

informasi : http://5th-antibiotic.com/
0

MAKES Camp

Insoft



Anjuran : http://altis-academy.blogspot.com/

0

Wahabi II

Insoft Monday, December 7, 2009
The Professor

Silakan anda jika mempunyai pandangan atau pendapat lain yang berbeza dengan saya. Asalkan anda ada sumber pustaka dan literatur yang anda gunakan. Ada dasarnya"

Kata-kata seorang doktor pakar kanak-kanak di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Dr Eddy Fadhlyana, ketika memberikan bimbingan kepada kumpulan belajarku di bahagian kanak-kanak.

Jika satu ketika dahulu, kata-kata atau pendapat seorang doktor pakar atau konsulen yang sudah lama bergelumang dalam dunia perubatan, yang mengetahui selok belok penyakit dan dikira ‘otai ‘ adalah kata-kata atau fatwa yang keramat dalam satu-satu masalah. Hitam katanya, maka hitamlah. Warna-warni katanya, jadi pelangilah.

Awas jika mahu ingkar. Anda bisa gagal di tempat dan dicemu. Anda jua bisa dicop wahabi. Sumber dari mereka adalah yang paling kredibel dan terpercaya.

Namun sejalan dengan perkembangan ilmu dan disiplinnya, hal ini menerima perubahan. Fatwa dari professor atau doktor pakar tidak lagi djadikan bukti atau sumber utama dalam satu-satu persoalan perubatan. Sebaliknya sumber-sumber dari jurnal perubatan,kajian-kajian dan eksperimen yang mutakhir, buku-buku teks dan pustaka telah menjadi sumber utama yang merupakan sumber yang paling kuat.

Silakan anda menyanggah pendapat Dr Tri Hanggono jika anda membawa bukti dari Harper,s Boichemistry. Ironi sekali dalam disiplin ilmu Evidance Base Medicine, sumber yang satu ketika dahulu merupakan sumber keramat kini diletakkan sebagai sumber yang paling akhir menjadi pilihan.


Sumber utama

Ini lah yang berlaku dan berkembang dalam satu disiplin ilmu di satu bidang yang sangat penting dan dihormati dalam dunia ini. Bukan sahaja anda harus ada sandaran dalam menetapkan satu pendapat atau pendirian, sandaran anda juga punya tingkatan-tingkatannya. Ilmu sangat penting dari sumber yang benar. Jika tidak kena caranya, pendapat anda adalah picisan dan ditong sampahkan.

Namun begitu, tidaklah doktor pakar atau ulama’ perubatan ini dipandang remeh atau diperleceh. Mereka adalah guru-guru besar dalam bidang ini. Benar ilmu secara teori atau dalam buku bisa berbagai ragam tapi itu cuma sebahagian dari seluruh disiplin ilmu perubatan. Dalam apa-apa displin ilmu pun tetap ada beberapa sisi. Secara ringkas dalam ilmu perubatan ada teori dan praktikal. Dalam hal praktikal , anda jangan main-main dengan doktor pakar dan konsulen. Aku baru cuma bisa tahu ada efusi pluera pada anak TB daripada hasil x-ray. Itu pun baca hasil yang telah dianalisa oleh radiologis. Konsulenku Dr Reni cuma perlu perkusi 2 kali untuk pastikan hal itu. Tidak mengapalah, suatu hari nanti aku mahu cuma melihat sudah tahu ada hepatomegali.

Ilmu perubatan dan ahlinya telah mengalami perubahan.


gambar hiasan

Bagaimana pula dengan ilmu agama, para ahlinya dan pengamalnya?

Sudah berubah?

Belum?

Ah..anda lembab.

Jadul.

0

Wahabi

Insoft Friday, December 4, 2009


Kita manusia yang bebas minda dan fikiran. Kita bukan buluh yang keras.Kita rebung yang enak dan empuk. Kita adalah golongan muda yang penuh idealisme dan cita-cita . Kita anak muda yang tidak pernah takut berubah dan melakukan perubahan.Kita tidak pernah gentar dan terkejut dengan berbagai ragam dunia.Kita tidak jumud apatah lagi kedekut.

Kita ana muda yang tidak mahu membazir tenaga dengan hal yang remeh. Kita bergerak memenuhi angan-angan dan cita-cita kita yang besar. Melakukan perubahan dengan melakukan sesuatu yang berbeza atau dengan cara yang berbeza. Kita menghormati `old-timer’ tapi kita bukan burung kakak tua. Kita bukan katak bawah tempurung mahupun tin. Kita siap menantang dunia.

Pedulikan mereka yang masih ditakuk lama. Abaikan mereka yang masih pesimis. Tinggalkan mereka dengan “ini sesat” dan “ini bid’ah” mereka. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Buka hati. Bebaskan minda. Raikan hidup dengan penuh semangat segar yang mengalir dalam diri. Melangkah penuh optimis setiap hari dengan ceria. Sedia menerima perbezaan. Siapa takut dengan berbeza. Tidak semua yang berbeza dengan kita adalah sesat. Tidak semua yang tidak menerima kita adalah bid’ah. Jangan beri banyak alasan.

Itulah kita. Silakan bergabung. Jika anda bukan dari kita, silakan terjun dengan labu-labu anda.

Aku malas cakp banyak.

p/s : ada paham??


0

Kita hanya menumpang

Insoft Sunday, November 29, 2009


“Haccum!!!”

“Haccum!!!”

“Sekali lagi..”

“Haccum!!!”

Hampir setiap pagi akan kedengaran suara bersin sahabat satu rumahku yang mempunyai allergik rhinitis. Alahan pada waktu pagi yang dingin.

Siapa yang tidak pernah bersin? Aku yakin semua orang pernah bersin. Jika tidak pernah, silakan rujuk ke hospital atau klinik berdekatan.

Bersin kita sedia maklum sebagai satu refleks fisiologis untuk mengeluarkan benda asing yang telah menggangggu pernafasan kita di hidung. Ini sangat penting sebagai salah satu daripada sistem pertahanan awal bagi diri manusia dari jangkita kuman.

Tetapi sedarkah anda bahawa kebaikan bersin tidak berhenti sekadar itu?

Dahulu...

“Haccum!” aku bersin.

“Along, bersin sebut apa?” ummi segera mengingatkan.

“Alhamdulillah” sahut aku pantas.

“Angah jawab apa?” ummi beralih ke adikku angah.

“Yarhamkallah” ujar angah.

“Yahdikumullah” aku menjawab tanpa menunggu ummi. Ucapan penuhnya yahdi
kumullah wa yushlihu balaakum” tapi aku masih muda, berbelit pula lidah nak menyebutnya.

“Pandai” senyum ummi.

Aku masih ingat ajaran ummi dan abah tentang adab bersin.

Maha suci Allah yang Maha Sempurna. Ketika sunnatullah diadun bersama syariatullah, kesannya luar biasa.

Refleks fisiologis seorang manusia, yang memang menjadi keperluan setiap manusia melawan penyakit ketika dilakukan bersama adab yang diajarkan menjadi satu keadaan manusia berzikir dan saling doa mendoakan antara sesama. Sungguh luar biasa.

Mari kita renungkan. Dalam kehidupan kita sedah berapa kali kita bersin? Mungkin anda gila jika mengiranya. Yang pasti banyak kali. Dan dalam setiap kali kita bersin, kita beradab sebagaimana yang Islam ajarkan, setiap kali itu juga kita menerima doa daripada orang-orang disekeliling kita. Sama ada kenal atau tidak.

Berapa banyakkah kita menerima doa dari manusia tanpa kita sedar? Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini hidup kita penuh nikmat dan kesenangan hasil daripada berkat doa orang-orang ini?

Sungguh manusia itu jahil dan zalim.

Belum lagi doa-doa yang dialunkan oleh kaum muslimin yang lain yang sifatnya umum. Anda tentu tahu bahawa setiap solat jumaat di akhir khutbah ada doa buat seluruh kaum muslimin.

Juga dengan alunan salam tiap kali kita berjumpa dengan kenalan atau teman.

“Sejahtera ke atas kamu”

Nah, berapa banyak lagi orang-orang yang telah mendoakan kita?

Mungkinkah selama ini nikmat yang kita dapat cuma menumpang doa mereka? Kita tahu diri kita penuh dosa. Doa belum tentu Tuhan terima. Tapi tetap hidup kita penuh rahmat.

Subhanallah. Sungguh Islam itu bukan individu. Islam itu ummah. Islam itu jemaah.

Sedarkah kita?

Jika kita sedar, bersyukurkah kita?

“ Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” ujar insan agung dengan kakinya bengkak beribadah kepada Allah.

Dan kita...

Kita hanya menumpang.


p/s :

"Doa seorang muslim untuk saudaranya dari belakang dikabulkan. Di sisi kepalanya ada malaikat yang ditugaskan, setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang ditugaskan dengannya berkata: Amin, dan untukmu semisalnya." ( Sahih Muslim )

0

Cute..love it

Insoft




Kita memerlukan lebih banyak iklan sebegini. Tenang hati buka tv.
Saatnya kuasai sistem penyiaran.
Manusia adalah apa yang mereka baca dan lihat.
4

Tandas Islam

Insoft Saturday, November 21, 2009


" Aduh, tandas ini belum masuk Islam lagi."

" Alhamdulillah, rumah ini sudah Islam."

Sering kali aku bermonolog sendiri ketika melangkah kaki ke sebuah tandas atau rumah yang belum pernah aku pergi sebelumnya. Penilaian pertama." First Impression" kata orang Gemencheh.

Tandas Islam vs Tandas belum Islam

Bagaimana tandas menjadi Islam? Atau tandas belum Islam? Sebagai muslim, tandas juga harus mematuhi kewajipannya. Jika di ambil dari istilah Islam, ada fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat.

Fardhu ain. Ini tugas setiap orang. Ya, pasti yang paling jelas dan nyata. Kebersihan. Tak perlu sebut semua tahu. Malangnya banyak tandas belum Islam dari aspek kebersihan. Lebih malang lagi jika tandas itu tandas sebuah masjid.

Fardhu kifayah bagi tandas adalah tugas sebahagian. Ketika anda menggunakan tandas, perhatikan letak mangkuk tandas dan letak sumber air atau tisu. Sebelah kanan atau kiri? Sungguh merepotkan ( baca : menyusahkan) jika sumber air berada di sebelah kiri. Nah, ini tugas arkitek yang melukis pelan dan kontraktor pembina tandas. Aku tidak mahir kerja-kerja mengalih mangkuk tandas.

Selesai yang fardhu, boleh menambah pahala dengan amalan sunat kepada tandas. Adikku Muaz pernah mencadangkan agar dilukiskan mural gambar laut pada dinding tandas di rumah. Silakan guna imaginasi anda.

Untuk rumah Islam, anda boleh fikir sendiri. Jika tetamu masuk rumah anda langsung nampak dapur, anda kena fikir-fikir lagi.

Nenek Aminah dan 3 biji buah koko


Sekali dengar seperti sebuah cerita dongeng waktu tidur. Si jaka dan kacang ajaib. Tetapi ini adalah sebuah kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan.

Kisahnya boleh anda semak di sini.

Mencuri itu salah dan berdosa. Semua agama setuju. Bahkan Islam yang syumul mengenakan hukuman potong tangan kepada yang mencuri. Sebuah hukum yang sering dipersenda,malangnya oleh penganutnya sendiri.

Tetapi adakah Islam membenarkan hukuman potong tangan dalam kes Nenek Aminah ini? Atau juga menghukum penjara selama 45hari?

Sebagaimana anda berfikir kesempurnaan tandas Islam dengan hukum fardhu ain, fardhu kifayah dan sunatnya, fikir juga dengan perlaksanaan hukum Islam.

Islam itu Syumul

"Islam itu daripada bangun pagi sampai tidur lagi, semua diajarkan. Daripada masuk tandas sampai mahu solat."

Ini yang naqibku ucapkan ketika usrah di sekolah dahulu. Aku telah sampaikan juga pada adik-adik juniorku. Dan aku yakin amanah keramat ini pasti akan terus diwariskan.

Benar lagi sohih. Islam itu sempurna dan syumul. Sunnah Allah dan Syariat Allah. Ilmu alam dan ilmu kalam. Sumber Islam datang dari keduanya. Dari teks dan dari realiti semasa.

Anda mungkin mengatakan tidak perlu azan untuk bayi yang baru lahir kerana tiada sunnah dari Nabi SAW. Tetapi ada kajian ilmiah tentang air yang dibacakan perkataan yang baik akan berubah bentuk menjadi sangat indah. Dan bayi peratusan kandungan air dalam badannya melebihi orang dewasa. Segeralah bawa anak anda ke klinik jika diare lebih dari 3 hari. Dehidrasi bisa menyebabkan kematian.

Dalam apa sahaja aspek kehidupan ada Islam di sana.

Tidak hanya melihat sumber teks lantas menjatuhkan hukuman dan mengambil tindakan. Di lihat juga sosok tubuh manusia, realiti kehidupan masyarakat, tingkat pendidikan, kesejahteraan ekonomi sampai kepada kestabilan negara.

Hati-hati dalam bertindak. Jika tidak adil, zalim.

0

Di saat kasus profil tinggi masih diawangan....

Insoft Friday, November 20, 2009


Cicak!
Buaya!

0

Aku dan Puisi : Perpaduan Acuan Tuhan

Insoft Tuesday, November 10, 2009
Pertemanan.
Persabahatan.
Kompak.
Ukhuwah.
Perpaduan.
1Malaysia.
Bhineka Tunggal Ika.

Kata demi kata dicanangkan tiap masa.
Tanpa henti tidak kenal masa.
Setiap orang bercerita tentangnya.
Dan tiap insan menginginkannya.

Pelbagai usaha segera digerakkan.
Agar ia dapat diterjemahkan.
Menjadi pakaian dalam seharian.
Mengiringi langkah dalam kehidupan.

Pertandingan futsal setiap pekan.
Belajar bareng bersama teman.
PS2 dan Dota kerap dipertandingkan.
Tidak lupa acara tarian dan makan.

Tapi pada sayangnya...
Teman seangkatan bermasam muka.
Jiran tidak bertegur sapa.
Teman serumah seharian tanpa bicara.
Sahabat persatuan dibiar sahaja.
Suami dan isteri hilang ceria.
Usah cerita politik berbeda warna.

Kenapa ya?



Adakah mereka terlupa Tuhan?
Yang menguasai hati insan.
Nikmat ukhwah dan perpaduan.
Hanya lahir pada yang beriman.

Mereka lupa membangun jiwa.
Membersihkan hati dari noda.
Ketika bergantung pada manusia.
Acuan ukhuwah Tuhan suka dialpa.

Apa mereka lupa solat berjemaah?
Atau dipandang dengan mata sebelah?
Tuntuan yang sering diberi helah.
Alasan letih, capek dan lelah.


Ketika hati tunduk pada pencipta.
Hati yang membatu segera sirna.
Hadir pula kalbu yang sarat dengan cinta.
Pada Sang Pencipta juga sesama.

Ketika hati lunak dihadapan Tuhan.
Hati diisi rasa cinta dan iman.
Hati sebegini cintakan perdamaian.
Dan hati ini penggerak perpaduan.

Mari bersama kita insafi.
Bagaimana solat kita sehari.
Di dalam kamar sujud sendiri.
Atau didalam saf tegak berdiri.

p/s : Usah bicara tentang ukhuwah, jika tidak solat berjemaah!




2

Intern : Sisi gelap ruang 17

Insoft Sunday, November 8, 2009
" Oh, tadi pagi ibunya datang menyusukan bayi yang baru lahir itu" seorang perawat memberitahu kepada residen yang jaga di ruang 17.
" Ha? Bukankah ibunya meninggal waktu melahirkan tadi malam? " jawab si residen terkedu.

" Aku dengar suara bayi menangis. Aku pergi la tengok, tapi bayi tu elok je tidur. Aku masih dengar lagi suara bayi menangis. Aku pun buat-buat la periksa bayi-bayi lain dan cepat-cepat pergi", ujar seorang teman sedikit ketakutan usai jaga di ruang 17.

" Jangan tidur di kerusi kayu panjang depan tandas di ruang 17 tu. Ada yang pangku nanti", nasihat teman ketika tahu aku terlena di kerusi yang dimaksudkan itu.

Sebagaimana keadaan di asrama, aku sudah menjangkakan cerita-cerita tentang pelbagai peristiwa seram turut sama berlegar di sekitar kawasan rumah sakit. Lebih-lebih lagi rumah sakit yang penuh bangunan lama seperti Rumah Sakit Hasan Sadikin. Teringat ketika tingkatan satu, kami satu dorm tidur dengan merapatkan katil usai sesi bersama senior pada satu malam. 5 buah katil dua tingkat dirapatkan.

"Akh, bagaimana penatalaksanaan dalam kasus ini?" aku tanyakan ke murabbi halaqahku.

"Banyakkan tilawah aja akhi," jawab murabbiku sambil tersenyum.

Syaitan pernah memberikan petua kepada sahabat Abu Hurairah.
" Barang siapa yang membaca ayat-ayat kursi, dirinya akan selalu dalam perlindungan Allah dan syaitan tidak sekali-kali dapat mendekatinya hingga waktu pagi "
Komen Rasulullah " Ia telah bercakap benar kepada engkau walhal dia sendiri sememangnya penipu". [ HR Bukhari ]

Syukur, aku masih belum diberi nikmat melalui pengalaman dengan alam ghaib yang menyeramkan.

Adakah aku akan menghadapinya?

Aku jaga di ruangan 17 malam jumaat minggu ini. . . .

p/s : kata ' tok wan' IMAN intern " Kadang-kadang lebih baik tidak tahu sesuatu perkara daripada tahu".




1

Satu Malaysia

Insoft Sunday, November 1, 2009

Ada seorang kawan bernama Raju

Dia juga berkawan namanya Ah Meng

Kami berkawan baik sama sedarjah

Belajar bersama main bersama

Hei hei hei

3 sekawan.

Masihkah anda ingat dengan lagu ini? Aku sudah lupa tajuknya, jadi aku namakan lagu ini ' 1Malaysia'. Seringkali aku dendangkan suatu ketika dahulu. Walaupun ketika itu hakikatnya kawan-kawanku hanya bernama Ahmad, Fitri dan Zainab.

tau, saya cuma ada kawan Melayu ketika masuk ke sini. Sebelum ini tak ada kawan Melayu. Dekat rumah pun cuma cakap Tamil dan English", ujar seorang teman tutor ketika menunggu doktor pembimbing. Aku sedikit tersentak.

"Tapi I selalu tengok tv cerita polis tiap minggu sama Cerekarama". Aku sedikit ketawa. Tahniah Gerak Khas dan TV3. 

52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Kita masih lagi mendengar situasi yang sebegini. Dan aku yakin masih banyak lagi situasi yang sama berlaku di merata tempat. 

Kata abah dahulu orang-orang bukan Melayu sering memberikan anak-anak mereka untuk dipelihara oleh orang Melayu. Dengan orang Melayu yang ketika itu kuat agama dan baik akhlaknya, mereka percayakan anak mereka. Betapa eratnya hubungan antara kaum suatu ketika dahulu.

Sayangnya semakin tua umur kemerdekaan, hubungan ini semakin terhakis. Bukankah sepatutnya semakin erat? Aneh. Atau sebenarnya tidak aneh, ketika abah mengatakan syarat bukan Melayu percaya adala kerana agama dan akhlak orang Melayu. Kini, makin ilang dipadamkan oleh arus kemodenan.

Isu antara kaum di Malaysia tidak pernah selesai. Walaupun dengan kontrak sosial. Aku yakin kita semua dapat merasakan ia bagaikan api yang terpendam.Mujurlah ia pernah meletus sekali di Kuala Lumpur 1969 maka semua lebih berhati-hati untuk menzahirkan. Namun dalam diam ia masih terus membara.

Orang Melayu dengan angkuh dan megah bermati-matian mempertahankan hak-hak dan keistimewaan bumiputera. Tapi sayang hak-hak dan keistimewaan tidak berjaya membawa kepada kejayaan ekonomi.

Kaum yang lain terus bergerak mengusai ekonomi dan lantang memperjuangkan kesamaan hak warganegara dan kuasa politik. Bermati-matian mempertahankan pendidikan pelbagai aliran demi budaya ibunda dan bangsa.

Masing-masing tidak mahu berganjak. Bimbang harga diri bangsa tergadai.

Isu sekolah satu aliran ditimbulkan kesekian kalinya baru-baru ini. Kali ini oleh ahli sejarah dan akademik Prof. Khoo Kay Kim. Beliau mencadangkan segera dihapuskan sekolah pelbagai aliran demi menjamin kesatuan rakyat. Dan seperti yang telah dijangkakan, ini ditentang oleh beberapa pihak bukan bumiputera.

Pepatah mengatakan " Kita adalah musuh kepada apa yang kita tidak tahu".

Aku menyokong cadangan itu. Dengan memperkenalkan anak-anak kepada budaya dan kaum yang ada dinegara ini di peringkat awal adalah langkah yang berkesan untuk memupuk perpaduan. 

Rakyat di negara kita walau telah lama hidup dalam satu negara hakikatnya jahil tentnag sesama. Jahil akan budaya antara kaum akibat pemikiran cetek budaya adalah tarian. Jahil tentang kepelbagian agama lantaran kuatir terancam aqidah. Dan akibat dari kejahilan ini rakyat menjadi bermusuhan.

Hari ni Perdana Menteri mengatakan hanya akan mewujudkan sekolah satu aliran jika rakyat sudah bersedia.

Aku harapkan minimal kerajaan mengambil langkah-langkah awal ke arah itu. Ajarkan pelajaran Bahasa Tamil dan Mandarin bermula dari tahun 1 di semua sekolah kebangsaan. Selitkan subjek agama Budha, Hindu dan Kristian dalam Pendidikan Agama Islam di semua sekolah menengah. Ajarkan subjek pendidikan Islam di semua sekolah jenis kebangsaan. Atau hanya mengubah dasar nasionalisme kepada dasar Islam yang tidak melihat warna rambut dan kulit.

Berikan pengetahuan, agar rakyat tidak lagi bermusuhan. Semoga lagu 1Malaysia dapat didendangkan bersama praktikal oleh generasi akan datang.

" Saya seorang nasionalis tetapi nasionalisme saya ialah kemanusiaan" ( Ghandi )

Salam Satu Malaysia.

0

Bermain dengan otak kanan

Insoft Friday, October 23, 2009

2

IMAN intern

Insoft Wednesday, October 21, 2009



iseng-isengan...(^_^)
0

Mati : Soalan buat bakal permaisuri

Insoft Saturday, October 17, 2009
"Anta jika nak kawen, jangan paksa zaujah anta jadi seperti apa yang anta mahu. Anta kena biarkan dia jadi seperti apa yang dia mahu." sahabatku Azlan membuka cerita nikah.

Aku hanya mengangguk sambil menikmati mee goreng mamak dan kopi radix ais. Biasa. Teruna bujangan sebaya kami ketika berjumpa pasti tidak lepas dengan isu pernikahan. Darah tengah manis kata orang. Fahmi tersenyum. Dzul leka dengan aiskrimnya.

" Ketika taaruf, anta tanya kepada bakal zaujah anta tu. Anti mahu mati dalam Islam ni bagaimana?. Anta pun kena jelaskan kepada zaujah anta yang anta mahu mati dalam Islam bagaimana. Anta jangan paksa Zaujah membantu dan menyokong anta sahaja. Jika anta mati dulu, siapa yang zaujah anta mahu sokong?" nasihat Azlan panjang. Kalau bagi nasihat kalah orang beranak 3.



Benar kata Azlan. Persoalan mati. Ia bukan termasuk dalam rukun nikah. Mahupun perlu dilafazkan ketika akad. Tetapi persoalan bagaimana kita ingin mati adalah soalan bagaimana kita ingin hidup.

Ia sama seperti soalan yang sering kita tanyakan.

"Apakah tujuan hidup kita?"

Cuma di sebalik bertanyakan tujuan hidup yang menggambarkan permulaan, kita terbalikkan untuk bertanya lagi bagaimana tujuan mati yang dilihat sebagai pengakhiran.

Benar, cukuplah mati sebagai peringatan kepada orang-orang yang beriman.

Mahu mati sebagai apa?

"A cow?"
" Saya tak cakap awak ni lembu. Saya cakap macam."


p/s : "Bagaimanakah anti mahu mati dalam Islam?". Sape nak jawab angkat tangan.
9

Hapuskan Prejudis! Kenalilah Tetangga Anda!

Insoft Wednesday, October 14, 2009
" Bro, rumah kita dipecah masuk Polisi dengan tim Densus 88 kerana disangka sarang teroris." sms masuk ke hp ku.


Densus88. Mungkin mereka punya angkara?

Terkejut. Roti telur terasa hambar. Kopi Radix terasa tawar. Langsung ku hubungi temanku.

" Apa hal ni? Awat polisi leh pecah masuk? Dengan Densus88 lak tu."

"Jiran kita buat laporan, syak kita teroris."

Aku teringat yang kami semua baru berpindah dan sibuk dengan urusan wisuda dan pendaftaran sehingga belum sempat berkenalan dengan jiran.Cuma Pak Muhyidin kebetulan bertegur sapa ketika aku sedang memanjat pohon jambu air di hadapan rumah.

Pak RW dan Pak RT juga kami belum melaporkan diri.

" Itulah, kita belum sempat nak jumpa jiran-jiran. Cuti panjang."

" Nasib baik kita tiada di rumah. Kalau tidak sia-sia tidur lokap. Habis pintu kena kopak"


Bootprint Densus88 terabadi di pintu


Walaupun sudah dibaiki, luka oleh Densus masih berbekas.



Kopak!!


Milo untuk merakit bom

" Apa sebab diorang syak rumah kita sarang teroris?"

" Sebab ko lah. Sapu daun-daun depan rumah pakai tutup muka"

" Loh!Kok teroris menyapu daun segala? ngapain?"

Garu-garu kepala yang tidak gatal.

Aneh.
0

Jiwa Anak Muda

Insoft
0

Hati ini

Insoft Monday, August 10, 2009
1. Seorang doktor harus mengikuti standard operational procedure yang telah ditetap. Ini adalah keniscayaan dan kemestian. Anda mungkin kenal dengan Dr House yang tidak beretika. Namun itu bukan alasan untuk tidak mengikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Segalanya adalah untuk kepentingan semua pihak.

2. Seorang pesakit mati. Ini sudah ajal. Semua tahu. Tetapi mati setelah langkah yang benar diambil atau mati kerana kelalaian adalah benda yang berbeza. Teoh Beng Hock memang sudah meninggal. Sesetengah berkata sudah ajal. Yang lain kata ini pembunuhan.

3. Berlaku satu musibah. Ini sudah takdir. Benar. Semua orang tahu. Tapi adakah ia hasil dari perbuatan yang benar dan mengikut aturan? Atau ia disebabkan pengkhianatan kepada Tuhan dan makhluk?

4. Kita mungkin berasa tenang ketika kita sandarkan sesuatu pada takdir. Setuju. Ia soal akidah. Namun kita terlupa yang Tuhan ingatkan kita banyak kerosakan atas sebab tangan-tangan manusia. Pergi cari cermin.
0

need to elaborate

Insoft Wednesday, July 15, 2009
1. mind setting
2. skils
3. GOD

ha...
0

Malaysia

Insoft Friday, July 10, 2009
11 Julai sehingga tarikh yang belum ditentukan, akan berada di Malaysia.

Tel. hp : 019-2003712
Tel rumah : 06-4316255

Sebarang urusan sila hubungi nombor diatas. 


1

Sharing : Ambalat

Insoft Tuesday, June 16, 2009
Akhbar Kontan, Senin, 15 Juni 2009

p/s : Ulasan yang cukup baik, berimbang dan profesional.

p/s : Ambalat adalah dasar laut. Sering terjadi kesalahan yang mengatakan Ambalat adalah pulau.

p/s : Satu persatu isu hubungan antara 2 negara timbul hingga memanas. Dari isu rumah tangga yang "over expose" hingga kes bunuh diri TKW.

p/s : Muak dan jengkel dengan mainan sebahagian media.

p/s : Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. All the best sidang esok.

p/s : Oh ye, sinetron MANOHARA di RCTI Segera. Sapa yang pegang watak TT ye? 

0

WOW

Insoft Monday, June 15, 2009

For information and registration, please visit http://wow.iluvislam.com/
0

FIMA Camp in Langkawi

Insoft Wednesday, June 10, 2009

For further information, please visit http://fimastudentcamp.blogspot.com/
6

Aku Hipokrit

Insoft Monday, June 8, 2009
Dua wajah

“Apa pendapat kau, seorang yang membuka aurat, buka tudung dengan alasan ingin menjadi diri sendiri?” seorang teman melontarkan soalan beberapa hari yang lalu.

“Aku tidak mahu hipokrit dan berpura-pura. Aku mahu jadi diri aku sendiri” suara sesetengah daripada kita.

Kebanyakkanya kaum wanita.

Yang dahulunya memakai tudung bulat atau tiga segi, bebas menayangkan rambut hitam berkilat mereka.

Yang dahulu anggun berbaju kurung, kini selesa dengan t-shirt adik dan seluar jeans.

Yang dulu aktif berpersatuan dan berusrah, kini lebih senang ke pawagam dan beli-belah tingkap(baca : window shopping)

Yang lelaki tidak kurang.

Mungkin tidak terlalu diperkirakan jika yang ditinggalkan adalah perkara-perkara furu’ atau hukumnya sunat. Tetapi jadi masalah jika ia adalah pokok dan hukumnya wajib dan haram.

Isu ini isu yang sangat klasik. Sejak aku masih di bangku sekolah ketika menengah bawah juga hangat isu ini timbul sehinggalah sekarang.

Dahulu, ketika dibangku sekolah, khususnya sekolah asrama tidak kira sekolah agama atau sekular, penerapan nilai-nilai islam begitu gencar dilakukan. Peraturan demi peraturan digubal agar selari dengan lunas-lunas Islam. Etika berpakaian begitu dititik beratkan. Sekolah agama lebih-lebih lagi. Selain semua pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai tudung labuh, yang lelaki wajib bersongkok.

Peraturan lebih dikuatkuasakan oleh para senior. Mahu tidak mahu, wajib taat. Pernah aku dipanggil oleh GPK 1 dan guru disiplin selepas perhimpunan kerana menghukum pelajar tingkatan 1 yang membuka aurat. Sesi bersama senior selepas lampu padam juga sering aku ikut bersama.

Suasana yang lebih bersifat menghukum, itu boleh ini tidak dan bersifat penguatkuasaan telah menyebabkan mereka yang menurutinya hanya sekadar jalan keluar untuk tidak dihukum. Nilai-nilai pendidikan dan tarbiyah tidak dititik beratkan. Kesedaran dalaman dari diri seseorang tidak diambil kira. Yang penting zahirnya taat.

Itu di sekolah. Jika diluar pula mungkin kadang kala kita mendapat teman kamar atau rumah yang kebanyakkan dari lepasan sekolah agama ataupun pelajar jurusan agama. Suasana sekeliling kita membuatkan kita terikut-ikut dengan gaya dan cara mereka. Solat dimasjid, pergi ke kuliah dan sebagainya.

Semua ini menyebabkan seseorang merubah gaya hidup mereka atas faktor-faktor yang datang dari luaran. Sehingga satu ketika mereka keluar dari suasana itu dan masuk ke dalam iklim yang baru yang tiada unsur pemaksaan. Tiada senior, tiada rakan. Ketika itu, timbul “ Aku mahu menjadi diriku”.

Mungkin ini terjadi pada aku,kau dan mereka dan mungkin juga tidak. Sekadar sebuah contoh.

Kita ambil apa yang disebutkan.

“MENJADI DIRI SENDIRI”

Aku ingin bertanya, apa yang dimaksudkan dengan menjadi diri sendiri?

Dalam hadith yang sering kita dengar, setiap bayi dilahrkan dalam keadaan fitrah, bersih ibarat kain putih. Maka jelas disini kita semua, dilahirkan dalam keaddan fitrah. Dan fitrah itu adalah islam dan muslim.


Wajah suci tanpa dosa

Jika kita lontarkan hadith ini kepada mereka yang mengatakan aku mahu menjadi diri aku sendiri, maka menjadi diri aku adalah kembali kepada fitrah, kembali kepada kesucian, kembali kepada ISLAM.

Lalu mengapa apa yang terjadi adalah sebaliknya? Meninggalkan Islam untuk kembali kepada diri sendiri?

Atupun yang dimaksudkan dengan kembali kepada diri adalah sebenarnya hanya alasan untuk melayan kehendak nafsu dan perut? Yang selama ini tertahankan?

Adakah kembali kepada diri sendiri adalah tindakan mengotori dan menjauhkan diri daripada fitrah asal manusia itu?

Ini adalah sesuatu yang aneh.

“ Tapi bukankah segala amalan itu bermula dengan niat. Jika niat kita tidak ikhlas atau terpaksa, sia-sia sahaja. Kita sebenarnya membohongi diri sendiri” ujar seorang teman.

“Jadi kita tidak perlu solat jika tidak ikhlas?” aku bertanya.

Nah, kita perlu ada ilmu disini untuk membezakan. Fardhu,wajib,sunat,mubah atau haram. Jika ia fardhu dan wajib, kita wajib buat jika tidak berdosa. Jika kita lakukan tanpa keikhlasan minimal kita tidak berdosa kerana meninggalkannya.

Aku ingin memetik kata-kata seorang motivator terkenal Indonesia, Mr Mario Teguh.

“Tetaplah anda dalam kebaikan meskipun terpaksa berpura-pura. Kerana Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan membiarkan anda terus dalam kepura-puraan hingga Dia akan menjadikan anda betulbetul baik”

Ikhlas tidak diwarisi. Tidak dibeli dan tidak mudah dimiliki. Ikhlas adalah anugerah Allah kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencapainya.

Tetaplah berbuat baik walaupun belum ikhlas dan merasa diri hipokrit.

Minimal, anda memberi contoh kebaikan kepada umum. Soal hati antara anda dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyanyang. Mudah-mudahan diberi nikmat keihklasan dengan usaha yang sungguh-sungguh.

Menjadi diri sendiri adalah kita kembali kepada fitrah dan Islam. Jujur kepada Allah Yang Maha Esa, jujur kepada diri sendiri.

20

Bicara Pernikahan

Insoft Wednesday, May 20, 2009
"Penat ummi siap-siap, pakai baju lengkap  duduk tunggu dalam bilik. Abah tidak muncul-muncul. Alih-alih abah pergi tolong angkat dulang hidang ke orang datang. Apa da" rungut ummi sambil tersenyum kepada abah. Ummi dan abah  menceritakan sebahagian kenangan mereka bergelar raja sehari.

Aku sangat-sangat ingat akan cerita ummi yang satu ini.  Aneh, wajah ummi tidak terlihat kekesalan atau hampa, malah tersenyum bahagia. Abah ketika kenduri sebelah lelaki tidak mengenakan pakaian penganti dan bersolek. Sebaliknya abah sibuk usung dulang hidang makanan ke tetamu yang datang.


Sekali sahaja per orang

Jika lihat suasana pernikahan dan pengantin zaman sekarang, aku jadi gerun dan takut. Untuk satu kenduri minimal ada 2 set pakaian pengantin. Satu ketika akad nikah. Sepasang lagi ketika sambut tetamu dan bersanding. 

Hampir semua majlis akan ada sesi pemotongan kek. Bertingkat-tingkat. Mak Uda kahwin baru-baru ini sahaja 2 tingkat jika tak silap. Ke 2 potong kek? Yang penting ada kek.

Duit hantaran belum masuk kira. Tidak perlu dinyatakan. Zaman abah boleh la RM1500. 

" Zaman sekarang hantaran mana pakai sejadah, kasut, songkok. Sekarang hantaran handphone, laptop, PDA" Ujar seorang teman. Alhamdulillah dan tahniah, beliau sudahpun melangsungkan pernikahan baru-baru ini. Seorang teman yang lain berkata ingin meminta tafsir Al-Quran Ibnu Kathir satu set sebagai hantaran. 

Aduhai. Aku semakin gerun dan takut.

Atuk dan Wan dolu-dolu

Mungkin bagi seorang lelaki, bahagian yang terpenting adalah akad nikah, lafaz ijab dan kabul. Soal lain-lain kurang diberi perhatian. Kalau boleh biar sekali lafaz selesai. Jika beberapa kali pun, dengan juru nikah atau bapa mertua yang lain. Hari pernikahan cuma awal bagi satu perjalanan yang sangat-sangat panjang. Biasa bagi lelaki untuk berfikir lebih jauh membuatkan hari pernikahan cuma dianggap sebahagian dan permulaan dari perjalanan yang lebih mencabar dan misteri. Why spend everything for it? Got long way to go. 

Tetapi jika dari prespektif orang perempuan, kaum ibu, baju-baju yang indah, kasut yang cantik, kek yang "sweet" dan suasana yang meriah dan romantik sangat-sangat diutamakan. Sesi bergambar juga diambil kira kepentingannya. Tukang gambar ditempah khas supaya mengabadikan saat-saat yang begitu penting dan indah. DJ khas untuk memastikan kemeriahan majlis juga disewa. Beruntung jika ade bakal menantu yang boleh menjadi DJ. Jimat belanja. Yang penting, mereka mahu menjadikan hari itu meriah dan bermakna. Saat-saat indah yang diceritakan ke teman-teman hingga ke anak cucu. Benar-benar menjadi raja sehari.

Sungguh kedua-duanya mempunyai alasan dan kepentingan yang jelas. Selagi ia tidak melibatkan yang haram dan berlebihan dari kemampuan, silakan. Semuanya terserah bagaimana anda meletakkan nilai dalam sesuatu hal itu. Komunikasikanlah sebaiknya.

Comel kek ni. Aku mahu tempah la


Cuma aku berifkir, adakah cara untuk menjadikan hari itu begitu bermakna dan romantik, tanpa perlu belanja banyak? Ada tidak? Adakah bakal isteriku bisa memahaminya? Jika bisa, bagaimana dengan keluargaku dan keluargnya?

Pernah aku dan abah menghadiri sebuah kenduri kahwin sahabat abah sekitar awal 90an. Kami dihidangkan dengan 2 jenis lauk, ayam masak kurma dan sayur acar. Istimewa, makannan dihidangkan di dalam talam dikongsi 4 orang dan kami makan bersila di bawah pohon rambutan kerana tidak cukup tempat. Menarik juga.

Seorang murabbi juga sahabatku, Ustaz Hairil Irza telah menyelitkan bersama kad udangan perkahwinan beliau dengan risalah boikot barangan israel sempena memanasnya suasana di Palestin. Sesuatu yang aku kira cukup kreatif. 
Selitkan bersama iklan kopi radix dalam undangan juga idea yang bagus.

Dahulu, Abah yang tidak memakai baju pengantin sebaliknya berbaju biasa melayan tetamu dan menghidang makanan pada aku adalah sangat romantik.  

Aku terfikir juga untuk menirunya.

Anda? 

p/s : Mula2 nak boh gambar abah dan ummi, tapi dalam external dan takleh nak buka lak. adeh. Gambar atuk pun bleh la kan. Wan second wife atuk. Aku pun plan nak tiru. hehehe

p/s2 : Nikahlah seseorang kerana rupa, harta keturunan dan akhlak yang baik.

p/s3: Ape hal ingat kawen time2 exam ngan tesis tak siap nih? Adeh! 

p/s4 : member lain ramai dah cite sal kawen. madu2 siap. aku lambat skit. hahaha



18

Dapur : Lobih sonang dari masak sup

Insoft Saturday, May 16, 2009

Anak-anak daro sekalian, apokah masakan yang susah sikit yo dari goreng tolor mato kobau? 2 saat dari skang.
1...
2...
Masak lomak cili api!!

Pandainyeeee....yellow river kato orang Tepen.

Cano nak masak ee?

Alahai..malu la jadi anak daro kalo masak lomak cili api pun tak ghoti. Abihkan boreh yo.

Bahan-bahan e mudah bonar. Ado kek mano-mano dari Malaysia sampai ko Sumedang. Kek jatos melambak.

Mulo-mulo boli la ayam ko daging ko ikan tenggiri ko ikan parang ko. Ikan lele pun bulih. Kotam maha bonar pulak. Bapo byk, ikut ukur lilit porut memasing yo. Momorut yo kojo e.

Lopeh tu boli sorai kalo takdo tanam kek dopan umah. Dalam 2-3 batang. 

Then, cari kunyit hidup dan kunyit mati. Kunyit idup dalam besar ibu jari. Kunyit mati dalam 1-2 sudu makan.

Next, poie potik cili api 7-10 biji. Banyak bonar ko? Tak namo masak lomak cili api la kalau raso e manih. Apo la.

Perah santan dalam 500ml. Pakai kotak pun ok yo.

Air secukup rasa kuah yang ekau nak.

Guane nak masak tu?

Ayam potong 6 yo. Godang skit. Basuh. 
Jangan pakai sabun!! Ya Allah anak daro sorang nih.  Se bagi kang. Ish..ish..ish...Umur dah 22. Haih.

Takpo2. jgn nangih. Se gurau yo. Nak kawen ni kono la tahan skit e. he..he..he..

Ha,lopeh tu cili api, kunyit hidup dan mati dan sedikit air di blend sampai lumat. Kalo takdo pakai losung bato yo. Takdo gak? Gigit suleh2.

Idupkan api dapur. Pakai kuali atau periuk yang sesuai.

Masukkan bahan2 yang diblend tadi. Biar sampai menggelogak.

Lopeh tu masukkan ayam dan sorai,masak sampai kulit dan daging luar ayam jadi kuning.

Lupo lak. Kalo ado kontang nak masuk bulih yo masuk skali ngan ayam. Biar copek lombut e.

Last skali masukkan santan.

Masak sampai ayam masak seponuh e. Jangan montah lak. Malu yo.

Dah masak. Hidangkan panas-panas ateh mejo. Jangan teruih makan. Bagi sojuk dulu. Molocur lak lidah.

Ha..siap dah. Sonang yo kan? Buek malo kompeni yo kalo tak luluih masak lomak cili api.

Dah terer?? Ha..bulih kawen.

Ado soklan??

Apo? tak dongar. Kuek skit cakap. Macam dalam kolambu yo ekau nih.

Masak asam podeh?? Ala..Next time se ajar. Kalo ado rezeki yo.

Ok la.Sekian dari dapur Along Momo. Da...Assalamualaikum!!!

p/s : masaklah dongan ponuh kasih sayang dan cinto. Sure masakan jadi enak 5 kali gando.

 
0

Hadith : Zina, wabak, binatang ternak dan pemerintah

Insoft Tuesday, May 12, 2009
 عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ‏ ‏قَالَ : (( أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ : يَا مَعْشَرَ ‏ ‏الْمُهَاجِرِينَ !‏‏ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا . وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ ‏ ‏وَجَوْرِ ‏ ‏السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ . وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا ‏ ‏الْقَطْرَ ‏ ‏مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا . وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ . وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ )) .
 رواه ابن ماجه والحاكم والطبراني في الأوسط . وقال الحاكم : صحيح الإسناد ولم يخرجاه .

Bermaksud : "Dari Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah saw datang berjumpa kami lalu baginda menyampaikan ucapannya: “ Wahai Kaum Muhajirin! Lima perkara, aku memohon perlindungan dengan Allah swt semoga kamu tidak sempat menimpa kamu;

Tidak merebaknya perlakuan terkutuk (zina) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu.

Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka dihukum dengan kemarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah.

Tidak mereka menahan harta mereka dari mengeluarkan zakat melainkan mereka ditahan dari mendapat hujan dari langitKalau tidak kerana binatang ternak, pasti mereka tidak mendapat hujan.

Tidaklah mereka membatalkan perjanjian Allah dan perjanjian RasulNya melainkan Allah menjadikan musuh dari kalangan orang luar menguasai (dan memerintahkan) mereka dan merampas sebahagian hak mereka.

Tidaklah pemerintah-pemerintah di kalangan mereka memerintah tanpa berpandukan kitab Allah dan memilih-milih dalam melaksanakan perkara yang telah diperturunkan oleh Allah, melainkan Allah menjadikan kemusnahan mereka berlaku (kerana perbalahan) sesama mereka. "

p/s :

Kasihan babi. Kerana manusia, hangpa kena flu. haprak...haprak...
Adakah kita harus ucap terima kasih ke lembu, kambing dan babi? Kerana mereka hujan masih turun. Malu weh... 
0

Rehat

Insoft


"Aku letih la. Aku nak tidur dulu. Kan tak elok solat ketika mengantuk".

"Gi makan dulu. Makruh solat lapar-lapar. Ingat nasi je nanti".

Selalu aku ucap kata-kata ini.

Dahulu...

"Arehna biha ya Bilal"

Ya Allah...bilakah aku mampu mengucapkan kalimah ini ? 


11

Ketika babi terkena flu...

Insoft Friday, May 8, 2009

Ketika babi terkena flu, macam-macam telah berlaku.
 
Pucuk di atas dilanda ribut, akar dibawah tenggelam banjir.

Ketika babi terkena flu. 

Semakin bobrok dan haprak sifat dan akhlak para pemimpin.

Ketika babi terkena flu.

Moral jati diri masyarakat rakyat semakin hilang dan goyah.

Ketika babi terkena flu.

Wakil-wakil rakyat bertikam lidah merebut kuasa .

Ketika babi terkena flu.

Seorang remaja perempuan merajuk kepada ibunya di rogol di dalam kawasan sekolah.

Ketika babi terkena flu.

Yang Berhormat bertikam lidah merebut jawatan dan kuasa. 

Ketika babi terkena flu.

Seorang ibu gugur jantung mendapati anak perempuannya yang masih di bangku sekolah telah berzina di rumah sendiri.



Ketika babi terkena flu.

Perbincangan hilang kematangan, keributan melanda dan menjadi bahan lawak untuk diketawa.

Ketika babi terkena flu.

Mat-mat rempit semakin bermaharajalela.

Ketika babi terkena flu. 

Banyak babi yang mati. Tapi lahir pula babi-babi berkaki dua.

Ketika babi terkena flu

Anda sedang apa?

Ketika dan ketika babi terkena flu...

p/s : Ini semua babi punya pasal...dasar babi!!!

Tahukah Anda?

Babi juga terkenal dengan tindakan mencuri, merampas dan mengambil harta benda masyarakat dengan menggunakan ilmu hitam. Dalam bahasa Betawi disebut BABI NGEPET. Yang dok merampas hak rakyat dan mencemar kedaulatan perlembagaan dan undang-undang  juga dipercayaai suku sakat Babi Ngepet. 

0

Aku suka kedamaian dan kelembutan

Insoft Thursday, May 7, 2009
" Cikgu mahu Islam atau tidak?" bentak Najmi, seorang sahabatku dengan suara yang tinggi. Ketika itu beberapa orang pemimpin pelajar berhadapan dengan seorang guru bahasa.

Walaupun agak terkejut dengan tindakan sahabat itu, aku setuju dengan beliau kerana sudah beberapa ketika sahabat yang lain menerangkan dengan cara baik kepada cikgu berkenaan namun tidak diendahkan. Masih meneruskan agenda yang tidak cocok dengan syarak bersempena minggu bahasa.

Dalam kepala sudah merancang ingin mensabotaj kotak pembekal elektrik jika agenda diteruskan.  Ijtihad terorislah katakan. Tepat atau tidak tidakan itu, boleh dipersoalkan.

Dalam satu insiden lain, aku dan Najmi hampir menghentak meja PK 1 ketika meminta penjelasan tentang tindakan ingin membubarkan badan dakwah sekolah yang setaraf dengan organisasi pemimpin pelajar dan menjadikannya sekadar sebuah kelab seperti kelab seni. 

Tetapi jika dapat dekat Azlan, bukan meja dia hentak, dengan cikgu-cikgu di makan. Teringat cerita beliau pernah menyepak kaki seorang warden asrama. Ganas.

Sekelumit tindakan keras bagi mempertahankan prinsip dan kebenaran. Tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan para sahabat yang mulia. Tidak dapat aku bayangkan bertapa keimanan mereka mengatasi segalanya ketika berperang melawan kaum keluarga sendiri demi mempertahankan aqidah dan prinsip yang diyakini.

Mus'ab bin Umair RA berhadapan dengan saudara kandungnya sendiri Abu Aziz bin Umair di dalam perang badar.

Ali KWJ membunuh Amru bin Abdi Wadud yang mempunyai hubugan saudara dengannya dalam perang ahzab.

Sungguh mereka adalah generasi terbaik seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW.

Hari ini terlukis sebuah sejarah hitam dalam politik negara.

"Dasyat sungguh, bergaduh macam kanak-kanak"

"Mana mereka letak akhlak dan sopan santun mereka? Duduk bincang elok-elok lah"

" Betul jadi macam tempoyak"

"Jangan kita contohi mereka, menengking, tinggi suara. Sunggah tiada akhlak"

"Gila...manusia gila"

"Aku bukan apa, tidak sukalah tengok orang gaduh-gaduh"

Sebahagian komen daripada teman-teman sepanjang hari.

Aku sangat setuju dengan mereka.

Aku sukakan perdamaian dan kasih sayang.

Di rumah, keluarga aku terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan juga politik. Ibu saudaraku seorang ketua wanita UMNO cawangan dan seorang lagi ketua muslimat PAS kawasan. Tetapi ketika di kampung kami cukup mesra bersama walaupun kadang kala terjadi perdebatan hangat. Biasalah.

Persoalan beza jemaah juga aku sikapi dengan kecenderungan ke arah persamaan dan penyatuan. Cerita abah tentang kawan serumahnya ketika di kampus yang terdiri dari pelbagai jemaah sentiasa bermain di ingatanku. Ada PAS,ABIM dan Arqam. 

Aku memang sukakan kelembutan. Nama pun IN SOFT. Dalam kelembutan. Luar macho.

Aku juga senang dengan senyum dan tawa.

Aku tidak suka marah-marah dan terlalu serius.

Selain "aneh", aku juga suka mengucapkan "santai.."

Namun...

Di atas semua itu.

"Tidaklah sempurna IMAN seseorang jika aku tidak lebih dicintai daripada ibu-bapanya, keluarganya dan manusia seluruhnya"
                                                                                                                              (HR Muslim)

Prinsip orang beriman.

Jika Nabi SAW mengatakan PERANG, PERANG!!! 

Walaupun lawannya keluarga sendiri.

Jika prinsip dan kehormatan Islam dicabar,  lawan!!!

Walaupun lawannya Perdana Menteri.

Jika hak dan maruah dirampas, tentang!!!

Walaupun ditangkap polisi dan digari.

Ketika hak dirampas, maruah dizalimi, adakah boleh duduk dan tersenyum? Control macho?

Yang haq akan kekal,batil akan sirna.

Dan ingatlah.

" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian,(tetapi) janganlah kalian kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.."
                                                                                                                                  (2 : 190)

" Maka apabila diturunkan satu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati"
                                                                                                                                 ( 47 : 20 )

Seperti tagline blog ini, SEGALA SESUATU ADA WAKTUNYA.

PERANG JUGA ADA WAKTUNYA.

Salam perdamaian.

p/s : Perkara 36A (1) (b) menyatakan bahawa tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sehingga pelantikan Speaker yang baru. Depa tak nampak kot...

2

Sharing : 90/10

Insoft Monday, May 4, 2009
The 90/10 Principle by Stephen Covey 

Have you read this before? Discover the 90/10 Principle. It will change your life (at least the way you react to situations). What is this principle?


10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is decided by how you react. What does this mean?


We really have no control over 10% of what happens to us. We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the other 90%.

How? By your reaction. You cannot control a red light., but you can control your reaction. Don't let people fool you; YOU can control how you react.


Let's use an example. You are eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You have no control over what just what happened. What happens when the next will be determined by how you react.You curse. You harshly scold your daughter for knocking the cup over.

She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your spouse and criticize her for placing the cup too close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus. Your spouse must leave immediately for work.


You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph speed limit. After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye. 


After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to coming home, When you arrive home, you find small wedge in your relationship with your spouse and daughter.


Why? Because of how you reacted in the morning. Why did you have a bad day?


A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?


The answer is " D".


You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day. Here is what could have and should have happened.


Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry. You gently say, "It's OK honey, you just need, to be more careful next time". Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase, you come back down in time to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good the day you are having.


Notice the difference? Two different scenarios. Both started the same. Both ended different.


Why? Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was determined by your reaction.


Here are some ways to apply the 90/10 principle. If someone says something negative about you, don't be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out etc.


How do you react if someone cuts you off in traffic? Do you lose your temper? Pound on the steering wheel? (A friend of mine had the steering wheel fall off)


Do you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you try and bump them? WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why let the cars ruin your drive? Remember the 90/10 principle, and do not worry about it.


You are told you lost your job. Why lose sleep and get irritated? It will work out. Use your worrying energy and time into finding another job. The plane is late; it is going to mangle your schedule for the day. Why take out your frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on. Use your time to study, get to know the other passenger. Why get stressed out? It will just make things worse. Now you know the 90-10 principle. Apply it and you will be amazed at the results. You will lose nothing if you try it.


The 90-10 principle is incredible. Very few know and apply this principle.


The result? Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and heartache. We all must understand and apply the 90/10 principle.


It CAN change your life!!! 

Nabi SAW kata 3 kali jangan marah, jangan marah,jangan marah.

Ustaz Hasrizal kata " Tekan butang PAUSE"

Aku kata " santai..."

p/s : Stephen Covey bukan Qadariah atau Jabariah...

Credit : facebook Musfirah
0

Tips membuat dosa.

Insoft Monday, April 6, 2009
Sesiapa ingin membuat dosa , sedikit tips untuk anda :

1. Jika anda mahu membuat dosa, carilah tempat yang lain dari yang ada sekarang. Sebab Tuan punya dunia ini marah dan murka dengan kemungkaran dan dosa.  Sudahlah menumpang,ingin membuat onar dengan Tuan punya, sungguh tidak bertamadun. Kalau tidak pun, cari tempat yang rasanya Allah tidak nampak. Kalau jumpa.

2. Jika anda sudah bersusah payah dan  tidak bertemu dengan dunia lain, hendaklah anda membuat dosa secara sembunyi-sembunyi. Masuk dalam bilik,kunci pintu.Tutup tingkap dan lubang yang ada. Kalau boleh tutup lampu. Sebab jika ada yang melihat anda dan meniru perbuatan anda, tak pasal-pasal anda dapat saham sama dari dosa yang mereka lakukan kerana mendapat ilham dari anda.

3. Jika anda tidak mampu bersembunyi dan mahu lakukan terang-terangan juga, cari tempat yang orang tidak kenal anda, bapa dan ibu anda, adik beradik anda serta sanak saudara dan kenalan anda. Terjaga sedikit nama baik mereka. Paling pun orang mengata " Anak sapa la tu?". Selamat nama baik keluarga anda dan selamat orang tidak mengumpat dan mengata.

4. Sesudah anda melakukan dosa, pastikan tiada kesan atau tinggalan dari perbuatan anda. Buang semuanya. Laptop, HP, baju  seluar dan lain-lain.Supaya tidak memudahkan anda mengulangi dosa itu. Atau mengelakkan orang lain menggunakannya. Dapat saham lagi nanti.

5. Sesudah anda membuat dosa, segera anda pergi ke tepian jalan. Cari minimum 20 orang pengemis. Sedekahkan setiap orang RM10. Kemudian pergi cari 10 orang rakan. Belanja makan. Tapi jangan di McD. Boikot. Untuk apa? Nabi pesan tutuplah kejahatan dengan kebaikan. Mudah-mudahan dengan anda membelanjakan harta kepada orang lain, Allah buka pintu-pintu dan jalan-jalan membuat kebaikan kepada anda. Dengan ini anda akan kurang berbuat dosa.

6. Terakhir. Jadilah sebaik-baik orang yang berdosa. Orang berdosa yang terbaik ialah mereka yang bertaubat. Ambil wudhu, solat 2 rakaat mohon ampun dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Amaran : Tips-tips ini hanya boleh dilakukan sebelum anda MATI. Kalau sudah MATI, tak dapek den nolong do...
5

Perkongsian : Kasih sayang

Insoft Saturday, April 4, 2009

Sebuah cerpen aku dapat melalui email dari seorang sahabat. Sekadar perkongsian kita bersama.

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... . sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. "Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
 
Copyright 2010 InSoft...