Kenal dengan nama ini? Siapa kenal angkat tangan.
Ya, wanita ini bukanlah siapa-siapa. Benar. Wanita ini cuma satu watak yang diciptakan dalam sebuah novel terbaru dari seorang penulis fenomenal. Bahkan bukan watak utama novel. Entah watak keberapa aku tak tahu.
Sekilas aku membaca novel itu, Madame Ekaterine tidak terlalu menjadi perhatianku. Mungkin kerana jalan cerita tetang beliau sangat tipikal dan bisa dibaca jalan ceritanya. Seperti lazimnya cerita Cerekarama mahupun Akasia.
Tapi perbualan dan soalan dari seorang sahabatku beberapa ketika yang lalu membawaku mengingatinya.
“ Akhi, ana mahu minta pendapat anta. Tentang persoalan teman hidup. “
“ Berat persoalan teman hidup ni. Ana pun belum selesai. Tapi tidak mengapa, apa dia?”
“ Apa pendapat anta jika ana nikah dengan bukan ahli gerakan? Bukan ahli mana-mana jemaah? Ana yakin dia pasti tidak akan membenarkan ana keluar usrah pada waktu malam. Ana tidak mahu futur.”
Seorang sahabat yang aku kenal solehah sejak daripada sekolah dan hingga ke universiti sentiasa istiqamah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dalam banyak lapangan dari kerja sosial hingga membantu gerakan politik.
Kini beliau menghadapi sebuah persoalan yang besar dalam membuat keputusan penting dalam hidup.
Bakal teman hidup bukan dari kalangan yang mengikuti gerakan dan jemaah. Jika beza jemaah tidaklah begitu merisaukan.Ini tidak terlibat langsung. Dan bakal menjadi ketua keluarga.
Sebuah persoalan yang sangat wajar.
Seorang yang sudah ditarbiyah dari bangku sekolah bahkan dari dalam didikan keluarga dengan corak tang kental nilai-nilai Islam. Dakwah menjadi makanan harian. Usrah dan halaqah menjadi kerinduan. Tamrin dan daurah tidak terlepaskan. Pasti inginkan seorang pasangan hidup yang minimal sekufu dengan itu. Yang sentiasa memahami tiap apa yang dilakukan bahkan menyokong sepenuh cinta.
Tetapi realiti seringkali dikatakan kejam.
Aku percaya pasti ada lagi yang memiliki persoalan seperti ini. Lebih-lebih lagi mengingatkan pernyataan sahabatku yang memiliki motor berwarna oren
“ Lelaki yang berkualti semakin berkurang. Kasihan wanita-wanita solehah.”
Aku cuma menganggukkan kepala.
Kembali ke Madame Ekaterine.
Tidak perlu aku ceritakan dengan terperinci tentang watak novel yang satu ini. Yang belum membaca novelnya, sila cari tahu sendiri.
Cukuplah aku katakan wanita yang rambutnya separuh putih mempunyai jasa yang besar. Beliau adalah antara sukarelawan yang membantu pelarian perang dari Gaza. Tepatnya di Sabra dan Shatila. Jika hari ini realitinya boleh kita raikan seperti sukarelawan Mavi Marmara atau Rachel Corrie. Bahkan beliau sempat menyelamatkan seorang anak perempuan Palestin dan dijadikan anak angkat.
Tetapi itu sebelum beliau berkahwin.
Tahu siapa yang menjadi teman hidup beliau?
Suami beliau, Eber Jelinek, seorang yahudi tulen yang bangga dilahirkan sebagai yahudi yang menurut para rabai dan hakhom, manusia pilihan Tuhan di muka bumi.
Lebih parah lagi, anak perempuan Palestin yang beliau selamatkan dididik oleh suaminya hingga menjadi agen Mossad dan hidup bergelumang dosa.
Seorang wanita yang berjuang untuk rakyat paletin berkahwin dengan yahudi tulen.
Sudah gila agakanya.
Tetapi Tuhan itu Maha Bijaksana dan Maha Pengasih.
Madame Ekaterina terus berjuang dalam kapasiti beliau hingga akhirnya berjaya membuka hati anak Palestina yang menjadi agen mossad untuk kembali hijrah kepada cahaya Islam.
Bahkan akhirnya menjadi wanita yang berjaya meluluhkan hati Muhammad Ayyas untuk mendoakannya menjadi teman hidup atau anugerah syahid ke atasnya.
Nah,apa kaitannya Madame Ekaterine dengan persaoalan teman hidup sahabatku tadi?
Mencari teman hidup yang soleh apatah lagi seorang yang melibatkan diri dalam jemaah dan gerak kerja dakwah adalah satu yang menjadi keutamaan.
Namum, seperti mana langit yang tidak selalunya cerah, hidup juga tidak selalunya indah. Mungkin ada yang mendapat sebaliknya.
Tetapi, ini bukanlah satu yang perlu selalu dikesalkan. Jika itu sudah menjadi sebuah ketentuan, terimalah dan teruskan perjuangan. Walau bagaimana keadaan sekalipun dalam hidup.
Kawan-kawan yang tidak mendukung. Ibu bapa yang selalu menghalang. Keluarga yang selalu memandang sinis. Poket yang selalu kosong. Perut yang selalu kenyang. Kerjaya yang selalu mendesak.
Teman hidup yang tidak memahami.
Selama-lamanya bukanlah alasan untuk kita berhenti berjuang ataupun berfikir akan futur.
Seperti Madame Ekaterine yang berjodoh dengan yahudi tetapi tetap terus berjuang dengan kemampuannya akhirnya membuahkan hasil anak yang solehah.
Jika dengan menjadi seorang isteri anda tidak mampu untuk ikut usrah, jangan pernah menganggap itu jauh dari perjuangan. Perjuangan lebih besar dari itu.
Jika anda tidak mampu untuk ikut sebuah usrah atau halaqah, pastikan diri ini mendidik dan membina zuriat yang menjadi naqib dan murabbi yang bakal membina 10 bahkan 100 lagi usrah di masa depan.
Perjuangan itu cukup luas.
Teruskan bekerja. Biarlah Allah dan orang-orang beriman melihat dan menilai kerja-kerja itu.
Mungkin ada yang mengatakan “ dalam novel, bolehlah reka jalan cerita”.
Percaya dan yakinlah, aku sudahpun berjumpa dengan insan yang hampir sama di bumi Malaysia.
Selamat berjuang dan bekerja.