You Are Reading

3

Faith..

Insoft Saturday, October 18, 2008

"How do you know you are in the right path?"


Tiba-tiba salah seorang junior bertanya.


“Ada kawan aku tanya tadi. Belum Islam.”


Mari kita terjemah supaya mudah faham. English pun cukup makan.


“Bagaimanakah kamu wahai orang-orang Islam tahu yang Islam yang kamu anuti selama ini,ada yang sejak dari lahir,adalah jalan yang BENAR?”


“Lama aku belajar agama,tetapi tetap tidak dapat jawab.”


Puji dan syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang dan rezeki olehNya untuk berada dalam bidang perubatan yang memerlukan kemampuan berfikir dan mengambil sebarang keputusan berdasarkan fakta dan bukti. Salah satu tajuk kuliah di fakulti adalah EBM atau “Evidance Base Medicine”. Jika kamu menyatakan sesuatu,kemukakan BUKTINYA!


Mari kita ambil satu kes penyakit.Kebetulan baru selasai perbincangan tentang kes penyakit TB atau Tuberculosis,satu jangkitan oleh Mycobacterium tuberculosis pada sel paru-paru. Indonesia adalah merupakan negara ketiga selepas India dan China dalam statistik penyakit ini.


Bagaimana seorang doktor mengesahkan bahawa terjadinya jangkitan Tuberculosis pada seseorang?


Lihat pada tanda-tanda penyakit itu. Salah satu tanda jangkitan TB adalah darah pada batuk berkahak. Sekiranya kita mendapati adanya darah pada kahaknya,kita menduga bahawa ini adalah TB.


Tetapi adakah kita benar-benar pasti itu adalah TB?


Masih belum. Adanya barah paru-paru juga boleh menyebabkan darah pada kahak. Kita perlu jalankan pemeriksaan makmal terhadap kahak itu. Kita lihat di bawah mikroskop,kita temui adanya bakteria berbentuk rod dalam pewarnaan Zeihl-Nelsen. Semaki kuat keyakinan kita bahawa ini adalah jangkitan TB.


Tetapi,adakah kita benar-benar boleh memastikan ini adalah Mycobacterium tuberculosis? Sabar dulu. Mungkin juga ia adalah spesis Nocardia.


Kita terus mengkaji. Rupa-rupanya untuk standar diagnosis pasti bagi TB adalah untuk mengkultur bakteria. Setelah di kultur selama 4-8 minggu,ternyata hasilnya positif. Maka dengan ini yakinlah sudah bahawa ini adalah jangkitan Mycobacterium tuberculosis.


Kembali ke soalan junior tadi. Kita mahu mencari agama yang benar,tapi bagaimankah kita tahu kebenaran sesuatu agama? Lebih-lebih lagi dalam era terdapat slogan “semua agama sama” dari sesetangah pihak. Kebenaran semakin kabur.


Mari kita terapkan prinsip yang sama dalam EBM dalam kita beragama. Bolehlah kita namakan EBR atau “Evidance Base Religion”.


Kita lantas berfikir akan tanda-tanda agama yang benar ialah mestilah agama itu menganjurkan penganutnya mengerjakan kebaikan sesama manusia. Kita semak pada semua agama yang ada. Ternyata kebanyakan agama mengarahkan penganutnya ke arah berbuat baik kepada sesama. Masih belum cukup syarat menyeru kepada kebaikan untuk menentukan agama yang benar.


Kita lalu menambah lagi,agama yang benar mesti melarang kepada perkara kejahatan. Sekali lagi kita semak. Aduh, masih sama. Tiada agama setakat yang kita lihat tidak membenci kejahatan.


Slogan “Semua agama adalah sama kerana semua menyuruh kepada berbuat baik dan melarang kejahatan” sudah tidak boleh di terima untuk mencari agama yang benar.

Kita berfikir lagi. Apakah rujukan yang ada dari setiap agama ya?

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(al-Baqarah 2:2)

KITAB!!!


Setiap agama pasti akan ada sumber rujukan utama mereka yang merupakan kitab-kitab mereka. Bible untuk penganut Kristian. Talmut untuk yahudi. Kitab-kitab Veda untuk Hindu. Bagi kita selaku umat Islam,bukti paling tepat, terkuat dan paling sahih tentang Islam adalah Al-Quran yang agung,mukjizat terbesar Rasulullah saw. Mahu tahu Islam,lihat dan baca Al-Quran.


Pelbagai kajian telah dibuat tentang pembuktian kebenaran Al-Quran. Ribuan bahkan lebih lagi telah beriman setelah membaca dan mengkaji Al-Quran.

Inilah bukti tentang kebenaran Islam. Inilah bukti bahawa kita umat Islam,berada di jalan yang benar.


Jika ada yang bertanya lagi tanpa ragu-ragu, tunjukkan Al-Quran.


Dan katakanlah,


“Ini bukti aku berada di jalan yang benar. Tidak percaya?? Silakan baca dan kaji.”


"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..."
(al-Baqarah 2:256)


Tiba-tiba,seorang pelajar perubatan bertanya,


“kenapa perlu dalil-dalil semua ini?”


Aneh...


3 comments:

hakima said...

good entri..keep it up..

Insoft said...

Jazakallah...semoga dapat manfaat bersama...iAllah

Rektor Blog, said...

Apa yg akan sy sebut ini merupakan analogy sy saja. Ia bukan bermakna aqidah sy. Katakan ada sorg hamba yg percaya bahwa adanya tuhan yg satu, yg mencipta alam ini n Dia mmg benar2 wujud. Tp org ini pening kepala memikirkan terlalu byk agama di dunia ini n bagaimana caranya dia mahu memilih salah satu dr kbykn agama itu utk dia laksanakan ritual peribadatannya, apatah lg tiada paksaan pula dlm islam(jika merujuk kpd dasar islam)

Lalu, katakanlah dia memilih agama budhha utk dipeluknya(buat masa ini). -Nk buat mcm mana, budha tlah menarik hatinya n menambat keyakinannya terhadap tuhan melalui versi budha.

Sblm itu, sy yakin kita smua tahu bahwa Tuhan adalah zat yg tunggal, zat yg satu, tiada dua, yg maha pengampun lg maha rahmat, malah bersedia mengampunkan hal2 yg tak disengajakan hambanya. Sy fikir, hamba td yg memilih budha, mgkin dlm kdaan tak sengaja memilih budha, kerana pd saat itu, itulah kputusan yg dia fikir n terlintas di hatinya, n membuahkan kputusan memilih budha.

Kita jgk sedia maklum akan pengetahuan tuhan terhadap niat n kandungan hati hamba td. Katakan niat hamba td adalah tulus, suci, jujur n bersungguh2 mencari tuhan hakiki, iaitu tuhan yg satu yg mencipta alam ini. Hamba td, mmg sdg dlm perjalanan panjang utk mncari tuhan hakiki. Proses dia memeluk agama budha, adalah suatu 'persinggahannya' semntara je dlm perjalanannya mencari kebenaran tuhan itu, sblm dia benar2 memeluk agama yg benar n berada di landasan yg benar(right path).

Maka, tuhan sudah pasti tahu niat tulus ikhlas hamba td. Tuhan tahu dia tidak sengaja, sbb dia msih dlm pencarian. Persoalannya, dgn sifat2 tuhan (sngaja sy guna istilah tuhan berbanding Allah, agar komen ni lebih universal) yg sy sebutkn td, adakah tuhan akan menganugrahkn ganjaran kpd hamba td kerana sdg dlm proses berusaha keras mencariNya n mengampunkan ksemua 'kesalahannya' yg tidak disengajakan itu di sepanjang jalan mencari tuhan hakiki itu(?), walaupn sehingga skg dia masih berada di 'persinggahan2 salah' spt td, sbelum bertemu tuhan hakiki itu??

 
Copyright 2010 InSoft...