You Are Reading

4

Doa awal dan akhir tahun...

Insoft Sunday, December 28, 2008
Ada orang kata, nabi tak buat baca doa akhir dan awal tahun. Sahabat pun takda yang wat. Doa pun takda,inikan pula ada yang posa la,solat sunat la.Hangpa dok memandai wat awatnya?

Hmmm...betui gak tuh. Yang wat kalendar Islam zaman Amirul Mukminin Abu Hafs ra. Nabi dah wafat.Bilanya nak pi baca doa lak kan...logik...logik...

Ada orang lain habaq mai, doa ni tuntutan umum. Hang nak baca bila pun ikut hang la. Awai tahun ka,akhir tahun ka,awal bulan ka,bila-bila la hang rasa hang nak doa,hang baca la.

Betui gak tu. Baca la bila-bila pun.Takkan salah kot nak doa kan.

Kalau hangpa tanya aku...

Aku tak pernah baca doa awal dan akhir tahun. Malas nak hapai,panjang gak. Pastu kena baca 3 kali. Letih weh. Mcm baca Yasin 3 kali nisfu syaaban lak. Lagi aku tak penah wat. Ceroi...ceroi...

Hangpa nak baca,hangpa baca. Tanak baca,ikut hangpa. Suka hati hangpa.

Cuma ustaz aku kata,nak doa ni elok amik dari ayat quran. Pastu amik dari yang hak nabi dok ajaq. Ada banyak dalam hadith. Elok hangpa hapai yang gitu. Lepas tu hangpa nak bantai doa apa,ikut suka hangpa la.

Betui gak ustaz.Sokong ustaz aku. Tak sokong kena rotan lak.

Sekali member aku sms satu doa.

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

Ada doa dari hadith nabi rupanya. Lagi pendek lak tu. Senang nak hapai,senang nak baca. Baguih...baguih...

Tapi ini doa tiap bulan nih. Padan la pendek.isk,isk,isk.

Takpa la,asalkan dari nabi. Afdhol...

Layan....

Eh,lupe..

Happy New Year 1430H...

4 comments:

Dr Amad said...

Betul dah tu...doa akhir tahun dan seumpanya satu hal yang baru,yang jika disemak tiada dalam hadisnya...Tetapi untuk masyakarat kita buat dan amalkan,tiada masalah kerana itu bukan hal yang haram dan mendapat dosa pun.Doa..doa la berapa kali mung nak doa...takkan kerana doa masuk neraka...Mengharam yang halal itu kesalahan fatal bg kita.

Soal ada yang lebih pendek dan afdal itu,kita perlu bijak sampaikan pada masyakarat.Bukan salah ibadat itu,tetapi cara pandang mereka yang perlu kita baiki.Doa time akhir tahun je,pgg quran hari jumaat je..cuba bgtau dan nasihat doa kene sokmo dan pgg quran jgn la hari jumaat je...baca sokmo la...kan cantik

Insoft said...

Kat sini(jatinagor) ade wak tak ek? Tadi gi sejid kosong...maklumla libur panjang...kawe jadi siak,kawe jadi bilal,kawe gok jadi imam...

Unknown said...

Ana pernah wat je.3x baca.Yasin 3x pon pernah baca..Tapi bila diteliti kembali,ana secara rela tinggalkan.Buka malas..Xkisah panjang pendek atau panjang,asal ada sunnahnya.Setakat yang terdaya kita amalkan...Setuju ngan Dr Amad,jangan la doa atau baca Quran untuk certain time je..Kene ubah gaya pandang masyarakat dan di kalangan para pelajar kite sendiri.Xsuke tengok Islam dipandang sebagai adat dan budaya semata..

Memang perubahan gaya fikir xsemudah itu untuk dicetuskan.Tapi asal sanggup diri untuk mencuba,Insyaallah ditunjukkan jalan ;-)

Rektor Blog, said...

Mrujuk perenggan: "Ada orang kata, nabi tak buat baca doa akhir dan awal tahun. Sahabat pun takda yang wat. Doa pun takda,inikan pula ada yang posa la,solat sunat la..."

dan mrujuk perenggan: "Ada orang lain habaq mai, doa ni tuntutan umum. Hang nak baca bila pun ikut hang la. Awai tahun ka,akhir tahun ka,awal bulan ka,bila-bila la hang rasa hang nak doa,hang baca la.

Komen: mrujuk perenggan di atas, pertamanya sy mmg stuju bahwa doa awal n akhir tahun ni tiada asas dr nabi. Kduanya, doa adalah tuntutan umum, nk baca bila2 pn bleh. Ada org mggunakan isu jawapan kdua utk menjwab persolan pertama td. Bg sy, kdua2 perenggan jwpn td, adalah benar n tidak saling bercanggah pn. Doa mmg mrupakan tuntutan umum, berdoalah bila2 pn, tp isunya di sini ialah apabila kita mmbaca doa dgn upacara yg khusus, doa yg khusus sebutannya n dilakukan dlm majlis yg khusus, malah sehingga org ramai memandangnya seakan2 wajib plk dilakukan saban tahun, seakan suatu kerugian besar plk bila ianya tidak dilakukan. Sdgkn hakikat sbnarnya, kesemua ritual pengkhususan amalan td, tiadalah suatu pn ditnjukkan contohnya dr nabi n para sahabat. Apalah gunanya kita memperkatakan memperjuangkn sunnah nabi n mengiktiraf nabi sbg qudwah hasanah, tiba2 dlm hal ni kita tidak mengikut petunjuk nabi.

 
Copyright 2010 InSoft...