Archives

2

Ikhlas lembu, Iman kambing

Insoft Monday, February 23, 2009


"Nak tahu kito ikhlah ko tidok amal ibadah,kito semaye depe ore denge semaye depe lembu.Ketiko lembu tengok mu beraso lagu mano denge ketiko ore tengok mu. Kalo ketiko ore tengok mu tu mu cermat tapi ketiko lembu tengok mu takde beraso apo,mu tak ikhlah denge Tuhan"

(TG Nik Aziz)



"Sumo pejam mato. Cubo sebut Allah".

"ALLAH".

"Sebut kambing".

"KAMBING".

"Antaro sebut Allah dengan kambing ado bezo tak? Kalo samo yo,sah tak beriman"

(Ustaz Khazri SHAMS)

Kita lagu mana???

p/s : Sape kate kambing tak comel?
5

Ore Pue Dok Minak Politik

Insoft Wednesday, February 18, 2009
i tak minat la politik2 ni
dok diskas sana,bincang sini
bercakap tak henti2
pening kepale i
baik i dgr lagu top mtv
takpun layan wayang baru keluar ke
lagi best tau tgk sepia kul 5 ptg kat tv3
tangkap lentok...

orang pompuan mana minat politik
politik tu kotoq
caci sini maki sana kutuk situ
tikam org ni tendang org tu
tak tau nak habaq lagu mana
baik aku gi cari kain ela
boleh buat baju baru
tengok majalah fesyen la ni punye
comey sungguh baju hang ni cik Pah oi

Kami ni tak amik kisah politik
Takde mase la
banyak lagi nota tak buat
buku ni nak abiskan lagi
ujian lagi 2 bulan
malas la cite2 parti ni
tak ilmiah langsung
kami sibuk nak belajar untuk masa depan

ana tak minat la bab2 politik ni
nak terlibat pilihan raya ni
kempen sana sini
ana nak pembinaan diri
tarbiyah rohani
ukhwah mantap sesama akhwat
mabit,iftar dan halaqah bersama
bukankah peranan utama muslimat dalam rumah tangga?

ooo
macam tu ke org perempuan...
baru esei tau...


(aku tak reti la nak tulis sajak...kalo tak paham,lu pk la sendri...hahaha)
4

Pilihan

Insoft
Mawi selesai akad nikah.

Pernikahan Rita belum didaftarkan.

Ini adalah beberapa tajuk berita dalam Berita Harian.

Beberapa bulan ini aku memehati. Jikalau semua perasan,Berita Harian Online ada menyediakan ruang untuk berita pilihan tertinggi.

Yang sedikit mengganggu aku,sepanjang aku buka dan lihat ruang itu,3 berita tertinggi boleh aku katakan 99% cerita artis. Sangat,sangat,sangat jarang bahkan hampir tidak pernah cerita ekonomi,kemasyarakatan,politik walaupun semasa krisis Perak menjadi pilihan tertinggi.

Kenapa ya?

Ini sedikit mengganggu.
0

Jemaah

Insoft Tuesday, February 17, 2009

"Jemaah ni ana analogikan bagai ayah ibu dengan anak-anak mereka. Kalau anak-anak merasa ibu bapa mereka tidak dapat memberikan yang terbaik pada mereka,takkan mereka nak keluar rumah,berpindah ibu bapa kepada orang lain,duduk rumah jiran yang merasakan lebih baik dari ibu bapa mereka"

Komen seorang sahabat muslimat tentang isu berbilang jemaah dan mereka yang keluar jemaah kerana masalah dengan jemaah yang bermacam-macam kekurangan pada kaca mata mereka. Melompat juga kot namanya.

Extreme...extreme...aku rasa analogi yang agak extreme...masa jemaah sama dengan keluarga,ibu ayah.

"Loh,kata ukhuwah islamiyah abadan abada. Kata satu usrah,halaqah. Atau sekadar retorik belaka?"

Adeh.

Betul juga ya.

"Tapi ukhty, jangan lupa,Islam mengajar kita hidup bermasyarakat. Kita bukan hanya hidup dalam keluarga nukleus. Orang tua dan anak-anak sahaja. Kita ada jiran-jiran dan masyarakat.Anak jiran anak kita juga."

Memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam satu keluarga bukan hanya tugas dari ibu bapa semata. Ia adalah satu tugas yang dibebankan kepada ibu bapa dan anggota masyarakat. Jika jiran kita cuma memiliki motorsikal,kita yang ada kereta bantu menghantar anak jiran bersama anak kita ke sekolah. Jiran ada tanam sayur,berbagi dengan kita untuk dinikmati.Tegur-menegur sesama jiran jika ada kesalahan.

Bersama mendidik anak-anak bukan bermakna cuba mengambil mereka dari ibu bapa mereka. Bukan juga lari daripada rumah ibu bapa mencari ibu bapa yang baru. Ia adalah sebuah sinergi dalam sebuah komuniti berbagai keluarga.

Yang menjadi persoalan. Sejauh mana ibu bapa menerima baik anak mereka dinasihati oleh orang lain? Anak dimarah cikgu di sekolah pun melenting bukan main.

Sejauh mana ibu bapa sedar kelemahan mereka dan bersedia mencari bantuan orang lain dalam memperbaiki kelemahan mereka?

Jemaah itu sebuah keluarga.
0

Sirah..

Insoft Thursday, February 12, 2009
Heraklius: Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau marhaen.

Abu Sufyan: Rakyat marhaen.

Heraklius: Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?

Abu Sufyan: Bertambah

Heraklius: Bagaimana perang antara kamu dengan dia?

Abu Sufyan: Ada kala kami menang, ada kala dia.

dipetik dari : anwaribrahimblog.com
0

Test your brain...

Insoft Tuesday, February 10, 2009



Aku dapat 9 muka je...huhu
4

Perkongsian : Perutusan MB Perak...

Insoft Monday, February 9, 2009



BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

sumber : http://anwaribrahimblog.com/2009/02/08/perutusan-mb-perak-yab-dato-seri-ir-mohamad-nizar-jamaluddin/
0

Orang beriman itu melompat...

Insoft Sunday, February 8, 2009
Hangat isu melompat.

Ramai yang mencemuh bahkan merusuh kerana tindakan melompat.

Ada juga yang tersenyum puas dan tertawa riang dengan melompat.

Ada yang menangis kerana melompat.

Ada yang perut kenyang dan poket penuh dengan melompat.

Melompat bukan sebatas tindakan strategi politik.

Melompat bukan hanya sebuah provokasi.

Bukan hanya senuah konspirasi

Ia bukan soal lompat katak,tupai atau kijang.

Ini soal aqidah.Iman.

Ini soal kefahaman.

Ini soal prinsip.

Ini soal maruah.

Ini soal harga diri.

Ini soal akhlak.

Jika anda ingin melompat, lompatlah dengan kesedaran adanya Yang Maha Kuasa.

Jika anda ingin melompat, lompatlah dengan pemahaman yang benar.

Jika anda ingin melompat, lompatlah atas dasar prinsip.

Jika anda ingin melompat, lompatlah demi mejaga maruah. Maruah agama. Maruah bangsa. Maruah diri.

Jika anda ingin melompat, lompatlah demi sebuah harga diri yang tinggi.

Jika anda ingin melompat, lompatlah dengan penuh kehalusan akhlak.

Melompatlah demi sebuah perubahan.

Kerana orang beriman itu melompat.

Kerana orang beriman itu berubah.

p/s :
Kalau apa yang berlaku di Perak,hangpa tak sedar lagi siapa yang beriman,berprinsip,berakhlak dan siapa yang haprak,korup,rasuah, aku taktau nak habaq lagu mana lagi. Bebal sangat agaknya.Ceroi.
 
Copyright 2010 InSoft...