You Are Reading

9

Hapuskan Prejudis! Kenalilah Tetangga Anda!

Insoft Wednesday, October 14, 2009
" Bro, rumah kita dipecah masuk Polisi dengan tim Densus 88 kerana disangka sarang teroris." sms masuk ke hp ku.


Densus88. Mungkin mereka punya angkara?

Terkejut. Roti telur terasa hambar. Kopi Radix terasa tawar. Langsung ku hubungi temanku.

" Apa hal ni? Awat polisi leh pecah masuk? Dengan Densus88 lak tu."

"Jiran kita buat laporan, syak kita teroris."

Aku teringat yang kami semua baru berpindah dan sibuk dengan urusan wisuda dan pendaftaran sehingga belum sempat berkenalan dengan jiran.Cuma Pak Muhyidin kebetulan bertegur sapa ketika aku sedang memanjat pohon jambu air di hadapan rumah.

Pak RW dan Pak RT juga kami belum melaporkan diri.

" Itulah, kita belum sempat nak jumpa jiran-jiran. Cuti panjang."

" Nasib baik kita tiada di rumah. Kalau tidak sia-sia tidur lokap. Habis pintu kena kopak"


Bootprint Densus88 terabadi di pintu


Walaupun sudah dibaiki, luka oleh Densus masih berbekas.



Kopak!!


Milo untuk merakit bom

" Apa sebab diorang syak rumah kita sarang teroris?"

" Sebab ko lah. Sapu daun-daun depan rumah pakai tutup muka"

" Loh!Kok teroris menyapu daun segala? ngapain?"

Garu-garu kepala yang tidak gatal.

Aneh.

9 comments:

anasolehah_7 said...

Salam mohsein,
Sikap sesetengah pihak yang terburu-buru membuat andaian, tindakan dan penyataan antara penyebab konflik makin parah.

p/s: Bos, lainkali, pakai cermin mata hitam, seluar ranggi menyapu laman. Takde la orang nak kata teroris kan?Kalau pakai kopiah mesti dah kene serbu lagi sekali:P

Prejudis oh prejudis~

'Abid Sakina said...

hehe..lawak plak..
mmg ada gaya teroris agaknya tu..hehe

mesrakan wajah..kenali tetangga anda..^^

Insoft said...

Wsalam Aimi,
Manusia itu ialah apa yang dibaca. Jika hari-hari disogok media dengan " Berhati-hatilah, mungkin teroris berada di lingkungan anda tanpa anda sedari" pasti akan membuahkan ketakutan yang hingga bertindak tidak rasional.

p/s: ish3, jangan prejudis kak jah. Kalau menyapu pakai kopiah diorang tegur " assalamualikum pak haji"

Sangka baik hati tenang.(^_^)

Insoft said...

makteh3...lawak ye..takpe2..
Kalo cierita balik mmg penuh gelak ketawa la. Bak kata tuan rumah " mana ada teroris 'sebahagia' ini"

Dah abis mesra dah ni. Kuar rumah senyum je sampai cramp pipi. Tp diorang tak nampak kot. Pagar tinggi 5 kaki. Nak kena ketuk pintu bagi pohpiah agaknya. ish3...

duha said...

pengalaman mengajar erti hidup~

p/s: kelakar :p

Insoft said...

satu episode dlm kehidupan...

lawak pun lawak la...alhamdulillah selamat..

Hazwan Mohd Nor said...

take care bro !! bahaye tuh ! Densus88 tu kire komando ke?

Insoft said...

IAllah...alhamdulillah tade pape so far..Densus88 tu Anti Terorist Force Indonesia..

zeurg said...

Membenteras keganasan dengan keganasan. Alangkah tertipunya....
dan lawaknya...

 
Copyright 2010 InSoft...