You Are Reading

1

Satu Malaysia

Insoft Sunday, November 1, 2009

Ada seorang kawan bernama Raju

Dia juga berkawan namanya Ah Meng

Kami berkawan baik sama sedarjah

Belajar bersama main bersama

Hei hei hei

3 sekawan.

Masihkah anda ingat dengan lagu ini? Aku sudah lupa tajuknya, jadi aku namakan lagu ini ' 1Malaysia'. Seringkali aku dendangkan suatu ketika dahulu. Walaupun ketika itu hakikatnya kawan-kawanku hanya bernama Ahmad, Fitri dan Zainab.

tau, saya cuma ada kawan Melayu ketika masuk ke sini. Sebelum ini tak ada kawan Melayu. Dekat rumah pun cuma cakap Tamil dan English", ujar seorang teman tutor ketika menunggu doktor pembimbing. Aku sedikit tersentak.

"Tapi I selalu tengok tv cerita polis tiap minggu sama Cerekarama". Aku sedikit ketawa. Tahniah Gerak Khas dan TV3. 

52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Kita masih lagi mendengar situasi yang sebegini. Dan aku yakin masih banyak lagi situasi yang sama berlaku di merata tempat. 

Kata abah dahulu orang-orang bukan Melayu sering memberikan anak-anak mereka untuk dipelihara oleh orang Melayu. Dengan orang Melayu yang ketika itu kuat agama dan baik akhlaknya, mereka percayakan anak mereka. Betapa eratnya hubungan antara kaum suatu ketika dahulu.

Sayangnya semakin tua umur kemerdekaan, hubungan ini semakin terhakis. Bukankah sepatutnya semakin erat? Aneh. Atau sebenarnya tidak aneh, ketika abah mengatakan syarat bukan Melayu percaya adala kerana agama dan akhlak orang Melayu. Kini, makin ilang dipadamkan oleh arus kemodenan.

Isu antara kaum di Malaysia tidak pernah selesai. Walaupun dengan kontrak sosial. Aku yakin kita semua dapat merasakan ia bagaikan api yang terpendam.Mujurlah ia pernah meletus sekali di Kuala Lumpur 1969 maka semua lebih berhati-hati untuk menzahirkan. Namun dalam diam ia masih terus membara.

Orang Melayu dengan angkuh dan megah bermati-matian mempertahankan hak-hak dan keistimewaan bumiputera. Tapi sayang hak-hak dan keistimewaan tidak berjaya membawa kepada kejayaan ekonomi.

Kaum yang lain terus bergerak mengusai ekonomi dan lantang memperjuangkan kesamaan hak warganegara dan kuasa politik. Bermati-matian mempertahankan pendidikan pelbagai aliran demi budaya ibunda dan bangsa.

Masing-masing tidak mahu berganjak. Bimbang harga diri bangsa tergadai.

Isu sekolah satu aliran ditimbulkan kesekian kalinya baru-baru ini. Kali ini oleh ahli sejarah dan akademik Prof. Khoo Kay Kim. Beliau mencadangkan segera dihapuskan sekolah pelbagai aliran demi menjamin kesatuan rakyat. Dan seperti yang telah dijangkakan, ini ditentang oleh beberapa pihak bukan bumiputera.

Pepatah mengatakan " Kita adalah musuh kepada apa yang kita tidak tahu".

Aku menyokong cadangan itu. Dengan memperkenalkan anak-anak kepada budaya dan kaum yang ada dinegara ini di peringkat awal adalah langkah yang berkesan untuk memupuk perpaduan. 

Rakyat di negara kita walau telah lama hidup dalam satu negara hakikatnya jahil tentnag sesama. Jahil akan budaya antara kaum akibat pemikiran cetek budaya adalah tarian. Jahil tentang kepelbagian agama lantaran kuatir terancam aqidah. Dan akibat dari kejahilan ini rakyat menjadi bermusuhan.

Hari ni Perdana Menteri mengatakan hanya akan mewujudkan sekolah satu aliran jika rakyat sudah bersedia.

Aku harapkan minimal kerajaan mengambil langkah-langkah awal ke arah itu. Ajarkan pelajaran Bahasa Tamil dan Mandarin bermula dari tahun 1 di semua sekolah kebangsaan. Selitkan subjek agama Budha, Hindu dan Kristian dalam Pendidikan Agama Islam di semua sekolah menengah. Ajarkan subjek pendidikan Islam di semua sekolah jenis kebangsaan. Atau hanya mengubah dasar nasionalisme kepada dasar Islam yang tidak melihat warna rambut dan kulit.

Berikan pengetahuan, agar rakyat tidak lagi bermusuhan. Semoga lagu 1Malaysia dapat didendangkan bersama praktikal oleh generasi akan datang.

" Saya seorang nasionalis tetapi nasionalisme saya ialah kemanusiaan" ( Ghandi )

Salam Satu Malaysia.

1 comments:

al_madd said...

http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html

 
Copyright 2010 InSoft...