You Are Reading

0

Semak samun meninggi...tebas dengan soalan

Insoft Wednesday, September 29, 2010

Lama sungguh aku tak jenguk blog ini. Semak samun dah meninggi. Cat pun sudah semakin pudar. Antara ketandusan idea dan kata-kata menterjemah idea, kesibukan kerja dan hasutan nafsu kemalasan akhirnya menjadikan blog ini sebagai mangsa. Maafkan daku wahai diriku dan blogku serta teman-temanku.

Aku ada berjanji dengan seorang kawan lamaku di sekolah dulu. Namun aku belum dapat memenuhi janjiku disini. Sejak sekian lama tidak bertegur sapa di alam realiti atau maya, tiba-tiba beliau menghubungi aku via FB. Ingatkan nak jempu makan nasi minyak, rupanya mahu bertanya soalan agama.

" Punyo la banyak ustat kek alam maya ni, sei juga kau tanyo? sei bukannyo ghoti do"

Tapi sebab member punya hal, dengar la dulu soalannya.

" Umak ai susah e soklan kau. Takpo nanti den cari dulu la tanyo-tanyo sapo-sapo dulu."

" Ok, nanti dah ado jawapan kau tulih la kek blog kau, den salu yo jonguk. Banyak sawang nampak sekarang"

Ha, sobab kau la den buek entry nih.

Tapi lum dapek jawapan yang memuaskan hati lagi. Dah soklan agamo yang susah kau tanyo ko orang amik medik, memang lambek la dapek jawapan.

Kembali bahasa normal.

Apakah yang beliau tanyakan?

" Nabi Isa sudah wafat atau belum dan diangkat kelangit? Kemudian akan turun kembali waktu kiamat? Ada kawan aku kata dalam quran kata sudah wafat. "

Sungguh soalan yang hanya wajar ditanyakan kepada ahlinya Paling tidak pun pada lulusan sekolah agama ternama di tanah air mahupun sekolah pondok. Aku kelas KAFA pun ponteng tengok TV cerita MaskMan. Soalan ada kaitan aqidah, silap belok masuk gaung langsung.

Aku belum mampu menjawab soalan ini. Ada aku baca perbahasannya tetapi mungkin perbahasan tahap tinggi dalam ilmu agama belum biasa bagiku yang mengaji quran pun tak tentu.


Aku kongsikan pada pembaca sekalian yang sudi baca blog ini soalan ini. Jika ada jawapan atau sekadar pandangan yang diambil dari mana-mana ustat,ustazah,tuan guru, tuan haji dan pak kiyai, boleh sertakan disini.

Setakat ini, pendirian aku, Nabi Isa masih hidup dan ada di langit. Aku taqlid pada Ustaz aku dulu di sekolah.






0 comments:

 
Copyright 2010 InSoft...