“Apa pendapat kau, seorang yang membuka aurat, buka tudung dengan alasan ingin menjadi diri sendiri?” seorang teman melontarkan soalan beberapa hari yang lalu.
“Aku tidak mahu hipokrit dan berpura-pura. Aku mahu jadi diri aku sendiri” suara sesetengah daripada kita.
Kebanyakkanya kaum wanita.
Yang dahulunya memakai tudung bulat atau tiga segi, bebas menayangkan rambut hitam berkilat mereka.
Yang dahulu anggun berbaju kurung, kini selesa dengan t-shirt adik dan seluar jeans.
Yang dulu aktif berpersatuan dan berusrah, kini lebih senang ke pawagam dan beli-belah tingkap(baca : window shopping)
Yang lelaki tidak kurang.
Mungkin tidak terlalu diperkirakan jika yang ditinggalkan adalah perkara-perkara furu’ atau hukumnya sunat. Tetapi jadi masalah jika ia adalah pokok dan hukumnya wajib dan haram.
Isu ini isu yang sangat klasik. Sejak aku masih di bangku sekolah ketika menengah bawah juga hangat isu ini timbul sehinggalah sekarang.
Dahulu, ketika dibangku sekolah, khususnya sekolah asrama tidak kira sekolah agama atau sekular, penerapan nilai-nilai islam begitu gencar dilakukan. Peraturan demi peraturan digubal agar selari dengan lunas-lunas Islam. Etika berpakaian begitu dititik beratkan. Sekolah agama lebih-lebih lagi. Selain semua pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai tudung labuh, yang lelaki wajib bersongkok.
Peraturan lebih dikuatkuasakan oleh para senior. Mahu tidak mahu, wajib taat. Pernah aku dipanggil oleh GPK 1 dan guru disiplin selepas perhimpunan kerana menghukum pelajar tingkatan 1 yang membuka aurat. Sesi bersama senior selepas lampu padam juga sering aku ikut bersama.
Suasana yang lebih bersifat menghukum, itu boleh ini tidak dan bersifat penguatkuasaan telah menyebabkan mereka yang menurutinya hanya sekadar jalan keluar untuk tidak dihukum. Nilai-nilai pendidikan dan tarbiyah tidak dititik beratkan. Kesedaran dalaman dari diri seseorang tidak diambil kira. Yang penting zahirnya taat.
Itu di sekolah. Jika diluar pula mungkin kadang kala kita mendapat teman kamar atau rumah yang kebanyakkan dari lepasan sekolah agama ataupun pelajar jurusan agama. Suasana sekeliling kita membuatkan kita terikut-ikut dengan gaya dan cara mereka. Solat dimasjid, pergi ke kuliah dan sebagainya.
Semua ini menyebabkan seseorang merubah gaya hidup mereka atas faktor-faktor yang datang dari luaran. Sehingga satu ketika mereka keluar dari suasana itu dan masuk ke dalam iklim yang baru yang tiada unsur pemaksaan. Tiada senior, tiada rakan. Ketika itu, timbul “ Aku mahu menjadi diriku”.
Mungkin ini terjadi pada aku,kau dan mereka dan mungkin juga tidak. Sekadar sebuah contoh.
Kita ambil apa yang disebutkan.
“MENJADI DIRI SENDIRI”
Aku ingin bertanya, apa yang dimaksudkan dengan menjadi diri sendiri?
Dalam hadith yang sering kita dengar, setiap bayi dilahrkan dalam keadaan fitrah, bersih ibarat kain putih. Maka jelas disini kita semua, dilahirkan dalam keaddan fitrah. Dan fitrah itu adalah islam dan muslim.
Jika kita lontarkan hadith ini kepada mereka yang mengatakan aku mahu menjadi diri aku sendiri, maka menjadi diri aku adalah kembali kepada fitrah, kembali kepada kesucian, kembali kepada ISLAM.
Lalu mengapa apa yang terjadi adalah sebaliknya? Meninggalkan Islam untuk kembali kepada diri sendiri?
Atupun yang dimaksudkan dengan kembali kepada diri adalah sebenarnya hanya alasan untuk melayan kehendak nafsu dan perut? Yang selama ini tertahankan?
Adakah kembali kepada diri sendiri adalah tindakan mengotori dan menjauhkan diri daripada fitrah asal manusia itu?
Ini adalah sesuatu yang aneh.
“ Tapi bukankah segala amalan itu bermula dengan niat. Jika niat kita tidak ikhlas atau terpaksa, sia-sia sahaja. Kita sebenarnya membohongi diri sendiri” ujar seorang teman.
“Jadi kita tidak perlu solat jika tidak ikhlas?” aku bertanya.
Nah, kita perlu ada ilmu disini untuk membezakan. Fardhu,wajib,sunat,mubah atau haram. Jika ia fardhu dan wajib, kita wajib buat jika tidak berdosa. Jika kita lakukan tanpa keikhlasan minimal kita tidak berdosa kerana meninggalkannya.
Aku ingin memetik kata-kata seorang motivator terkenal Indonesia, Mr Mario Teguh.
“Tetaplah anda dalam kebaikan meskipun terpaksa berpura-pura. Kerana Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan membiarkan anda terus dalam kepura-puraan hingga Dia akan menjadikan anda betulbetul baik”
Ikhlas tidak diwarisi. Tidak dibeli dan tidak mudah dimiliki. Ikhlas adalah anugerah Allah kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencapainya.
Tetaplah berbuat baik walaupun belum ikhlas dan merasa diri hipokrit.
Minimal, anda memberi contoh kebaikan kepada umum. Soal hati antara anda dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyanyang. Mudah-mudahan diberi nikmat keihklasan dengan usaha yang sungguh-sungguh.
Menjadi diri sendiri adalah kita kembali kepada fitrah dan Islam. Jujur kepada Allah Yang Maha Esa, jujur kepada diri sendiri.
6 comments:
Salam,
menayangkan~pembetulan ejaan..kata atas tu menanyangkan..(komen lari topic)
betul2..baru saja berfikir mengenai isu ini..
ada yg penah berkata"saya pakai tdg pegi kuliah je sbb nak dpt berkat"
amboi tau die yg berkah itu turun masa ke kuliah..lagu mane tu pendapat kamu?
geram pun ada kepada wanita2 yang suka-suki nak bukak nk pakai tdg..main2 saja rsnya..
itu saja komen pertama..
aku pun selalu hipokrit...
salamz...
ah, hipokrit..salahkah bersikap hipokrit? haha, sememangnya semua orang hipokrit, antara sedar dan tidak..
kalau sedar, baguslah. Kembali kepada fitrah, benar...benar.
Tetapi semuanya akan kembali kepada persepsi yang membentuk prinsip diri, jadi, fitrah tu, masuk tang mana? kalau x tahu tentang fitrah, persepsi pun tak tahulah pasal apa..
ahaha, repekan sebelum OSCE, minta maaf ye tuan blog...
smart! well said bro...
Salam~
marilah hipokrit beramai2 sehingga keikhlasan itu dtg~
nice artikel along momo..
jeles same kamu..
eeerrrk~
hipokrit..
erm..saya pun hipokrit dlm byk mnde..harap2 Allah bersihkan hati ni dan akan datang keikhlasan tu..
baru2 ni ade seorang teman cakap pasal benda ni..ayat biase "tunggu laa hati ni ikhlas..takleh paksa2"
tapi btul laa macam empunya blog cakap..ade certain thing yg kite kne paksa..
macam solat..kecik2 kene pakse solat..mak kjut subuh n kalau degil sgt..da lebih 7 tahun, belasah je (erkk..pkul sket je..jgn mlampau..heh)..tapi lama2 iA kita akan terbiasa melakukan solat..dan insyaAllah akhirnya dah besa..pandailah pk kepentingan solat tu utk diri sndiri..bukan lagi buat atas paksaan atau kebiasaan iA..
best artikel ni :D
Post a Comment