You Are Reading

20

Bicara Pernikahan

Insoft Wednesday, May 20, 2009
"Penat ummi siap-siap, pakai baju lengkap  duduk tunggu dalam bilik. Abah tidak muncul-muncul. Alih-alih abah pergi tolong angkat dulang hidang ke orang datang. Apa da" rungut ummi sambil tersenyum kepada abah. Ummi dan abah  menceritakan sebahagian kenangan mereka bergelar raja sehari.

Aku sangat-sangat ingat akan cerita ummi yang satu ini.  Aneh, wajah ummi tidak terlihat kekesalan atau hampa, malah tersenyum bahagia. Abah ketika kenduri sebelah lelaki tidak mengenakan pakaian penganti dan bersolek. Sebaliknya abah sibuk usung dulang hidang makanan ke tetamu yang datang.


Sekali sahaja per orang

Jika lihat suasana pernikahan dan pengantin zaman sekarang, aku jadi gerun dan takut. Untuk satu kenduri minimal ada 2 set pakaian pengantin. Satu ketika akad nikah. Sepasang lagi ketika sambut tetamu dan bersanding. 

Hampir semua majlis akan ada sesi pemotongan kek. Bertingkat-tingkat. Mak Uda kahwin baru-baru ini sahaja 2 tingkat jika tak silap. Ke 2 potong kek? Yang penting ada kek.

Duit hantaran belum masuk kira. Tidak perlu dinyatakan. Zaman abah boleh la RM1500. 

" Zaman sekarang hantaran mana pakai sejadah, kasut, songkok. Sekarang hantaran handphone, laptop, PDA" Ujar seorang teman. Alhamdulillah dan tahniah, beliau sudahpun melangsungkan pernikahan baru-baru ini. Seorang teman yang lain berkata ingin meminta tafsir Al-Quran Ibnu Kathir satu set sebagai hantaran. 

Aduhai. Aku semakin gerun dan takut.

Atuk dan Wan dolu-dolu

Mungkin bagi seorang lelaki, bahagian yang terpenting adalah akad nikah, lafaz ijab dan kabul. Soal lain-lain kurang diberi perhatian. Kalau boleh biar sekali lafaz selesai. Jika beberapa kali pun, dengan juru nikah atau bapa mertua yang lain. Hari pernikahan cuma awal bagi satu perjalanan yang sangat-sangat panjang. Biasa bagi lelaki untuk berfikir lebih jauh membuatkan hari pernikahan cuma dianggap sebahagian dan permulaan dari perjalanan yang lebih mencabar dan misteri. Why spend everything for it? Got long way to go. 

Tetapi jika dari prespektif orang perempuan, kaum ibu, baju-baju yang indah, kasut yang cantik, kek yang "sweet" dan suasana yang meriah dan romantik sangat-sangat diutamakan. Sesi bergambar juga diambil kira kepentingannya. Tukang gambar ditempah khas supaya mengabadikan saat-saat yang begitu penting dan indah. DJ khas untuk memastikan kemeriahan majlis juga disewa. Beruntung jika ade bakal menantu yang boleh menjadi DJ. Jimat belanja. Yang penting, mereka mahu menjadikan hari itu meriah dan bermakna. Saat-saat indah yang diceritakan ke teman-teman hingga ke anak cucu. Benar-benar menjadi raja sehari.

Sungguh kedua-duanya mempunyai alasan dan kepentingan yang jelas. Selagi ia tidak melibatkan yang haram dan berlebihan dari kemampuan, silakan. Semuanya terserah bagaimana anda meletakkan nilai dalam sesuatu hal itu. Komunikasikanlah sebaiknya.

Comel kek ni. Aku mahu tempah la


Cuma aku berifkir, adakah cara untuk menjadikan hari itu begitu bermakna dan romantik, tanpa perlu belanja banyak? Ada tidak? Adakah bakal isteriku bisa memahaminya? Jika bisa, bagaimana dengan keluargaku dan keluargnya?

Pernah aku dan abah menghadiri sebuah kenduri kahwin sahabat abah sekitar awal 90an. Kami dihidangkan dengan 2 jenis lauk, ayam masak kurma dan sayur acar. Istimewa, makannan dihidangkan di dalam talam dikongsi 4 orang dan kami makan bersila di bawah pohon rambutan kerana tidak cukup tempat. Menarik juga.

Seorang murabbi juga sahabatku, Ustaz Hairil Irza telah menyelitkan bersama kad udangan perkahwinan beliau dengan risalah boikot barangan israel sempena memanasnya suasana di Palestin. Sesuatu yang aku kira cukup kreatif. 
Selitkan bersama iklan kopi radix dalam undangan juga idea yang bagus.

Dahulu, Abah yang tidak memakai baju pengantin sebaliknya berbaju biasa melayan tetamu dan menghidang makanan pada aku adalah sangat romantik.  

Aku terfikir juga untuk menirunya.

Anda? 

p/s : Mula2 nak boh gambar abah dan ummi, tapi dalam external dan takleh nak buka lak. adeh. Gambar atuk pun bleh la kan. Wan second wife atuk. Aku pun plan nak tiru. hehehe

p/s2 : Nikahlah seseorang kerana rupa, harta keturunan dan akhlak yang baik.

p/s3: Ape hal ingat kawen time2 exam ngan tesis tak siap nih? Adeh! 

p/s4 : member lain ramai dah cite sal kawen. madu2 siap. aku lambat skit. hahaha



20 comments:

Anonymous said...

ape kes nk exam pk kawin? dahla pk kawin nanti wat camne. sabo2. exam weh,exam! hahaha...

teman nak benasyid waktu kenduri mike bole? byrn die mkn 3round,ok dak? hak3....

SivGal said...

dtul pe yg razi ckp..jgn pikir psl nikah la...bjlr2..esok phop..:P
mungkin tuhan rase u blom b'sedia tuk nikah kot...hehe.it will happen waktunya dah sesuai k..sabar eh.

p/s:blom nikah skali, dah pikir psl madu pula...ish3

Insoft said...

Dr razi

Exam2 la ingat kawen. Time2 penat study ade orang tolong siapkan makan, wat air minum. Pegal2 ade tolong urutkan. ha, kan best exam gtu. hahaha.

Kome nak bernasyid ke? Bulih sesangat. takat 3 round no prob. Kome mai tolong kemas2 umah teman seminggu awal, 3 round tiap hari kome leh makan. sarapan,lunch, dinner. deal??

Insoft said...

SivGal

Belajar phop lah telah menyebabkan i pk kawen tau. Dok cite Family medecine la, life cycle la, genogram family la. Phop la ni..isk3...

Yup, i must get ready when the time comes...hoho..

Madu i minum almost tiap hari siva..sedap...u cube la. manis sesangat..ghee..

SivGal said...

wah2...salahkan phop eh...pandainya!!! mengaku je la u nak sangat nikah...:p

Dr Amad said...

Ish,sembang bab nikah tanpa mengajak orang yang pakar wah gue panas ni..hehe.

Mahu mengangkat dulang semasa majlis pernikahan? Silakan,tapi pastikan orang tidaklah mengumpat dibelakang. Adat mahu diubah,ibarat menarik rambut dalam tepung.Rambut tidak putus,tepung boleh wat cekodok.

Gue muskil,mung malas berbaju lawa,ada pulak tu..bertunang je pun,si lelaki siap berkeris...adeh.Bertunang je pun,chill la. Sangap sgt kot tu..haha.peace2

Insoft said...

eh, i'm not putting the blame on phop. But it is. hahaha.
all the best for soca. Kalo soca ingat kahwin gak tatau la....

Insoft said...

Dr Amad..

Sapa pakar tu? Habaq mai skit. Nak minta tips kawen lagi. hahaha.

Jangan main dengan tepung.Tumpah nanti rugi. Bukan nak ubah adat, cuma memudahkan adat yang menyusahkan. Papepun, elakkan fitnah. kot ye pun, bajet2 jgn wat benda2 terlalu aneh. Tp kalo aneh pun,lantakkan la kan. kenduri aku.hahaha.

eh, aku belum tunang dah beli keris gading gajah tau. chill la tu beb.hehe.

3rdmarch said...

mcam petanda je..
jgn lupe jemput..
ambe nak bersilat..
ehee~

p/s : den pon takot bl pk sal kawen~

3rdmarch said...

mcam petanda awal je..
jgn lupe jempot den..
den nak bsilat..
ehee~

p/s : den pon takot bl pk sal kawen..tp bermadu x la plak..

Balqis Riza said...

salam~

menarik post ni..haha..
betol2..laki tak pk sume2 tu..
pompn la yg lebih2 pk nk tu nk ni mase kahwen..

adakah sbbnye, laki leh kawen 4..so leh dpt 4 kali pengalaman kawen...
pompn sekali je..so kne buat abs2an..hahaha

tp, saya ni type, mau buat abs2an..kawen seumur hidup sekali kot..tp kalu la takdri kawen kali kedua, yg tu br buat biasa2..*ececeechh..haha*

mgkn, skg beriya la berangan..kang bl nk kawen tp duet takde, br tau ssh nk cr duet, time tu kad undangan pon gune emel je la gamaknye..hehehe..*mntk jauhhh*

nway, good luck exam..

ps : ps yg pertama tu takleh blahh..nk tiru tuu...hak3

Insoft said...

3rd march

petanda awal apekah? jemput mai datang alpina ye..antar pendrive.

elokla tu.ekau takyah la pk madu2 nih. buek poning yo. biar se poning sorang2.

peaca(^^,)

Insoft said...

BalqisRiza

Aah ek. ye tak ye jugak. padan la laki tak pk sgt time majlis2 nih. die pk majlis2 akan datang same.haha.

Jangan hang dok berangan ja.Sambil berangan sambil mengepau duit sedare-mare utk buat belanje kawen.skit2 lame2 jadi bukit.

Yang penting, tepuk dada tanya hati. "dah nak kawen ke?"
Pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati itu bersih...

All the best exam gak na

ps: bukan takat tiru, nak up lagi satu level, hahaha

Isa Azzaki Zainal said...

pakai baju pagoda ngn kain pelekat je sein, nak salam pak mertua cakap "aku terima nikah" je pon. haha.

abah aku dlu nikah pakai jubah je. takyah sewa2 baju.

p/s: bile ko nak kawen yg 1st sein? hehe

Unknown said...

Nak kawen jugak.Hahaa..

Setuju benar ambo...

Bilo nok g Saboh nyo boh??

;-)

Insoft said...

Isa Azzaki Zainal

pagoda kain pelekat?? Kesian kat isteri la bro...takkan die nak pakai baju kelawar kot..hahaha...

Aku bagi ko lepas dulu bro..selaku org lame...yela, sejak kuiz agama form 3 la katekan..oppss...sorry...
peace(^_^)V

Insoft said...

Ahmad Zulfahmi a.k.a gapo MOMO( Mr Ojeg Motor Oren)

Sabah?? ish3...jauh bebenor tu sheikh...kite gi melake dulu la. dokek yo..saye sudi sediakan akomodasi pihak lelaki...ngeh3..
peace(^_^)V

dr muthiah said...

1st tyme singgah
not bad, :)

teruskan menulis!

-russia

3rdmarch said...

Salam~

along momo~

da dpt belom pendrivenye?
penghantaran percuma lg 2..
jgn lupe time nikah nt..
sediakan transport percuma dri sini..
ehee~

'Abid Sakina said...

hehe...masing2 dah kantoi..
sorang sabah..sorang melaka...ops!=)

mcm2..~

 
Copyright 2010 InSoft...