You Are Reading

4

Tandas Islam

Insoft Saturday, November 21, 2009


" Aduh, tandas ini belum masuk Islam lagi."

" Alhamdulillah, rumah ini sudah Islam."

Sering kali aku bermonolog sendiri ketika melangkah kaki ke sebuah tandas atau rumah yang belum pernah aku pergi sebelumnya. Penilaian pertama." First Impression" kata orang Gemencheh.

Tandas Islam vs Tandas belum Islam

Bagaimana tandas menjadi Islam? Atau tandas belum Islam? Sebagai muslim, tandas juga harus mematuhi kewajipannya. Jika di ambil dari istilah Islam, ada fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat.

Fardhu ain. Ini tugas setiap orang. Ya, pasti yang paling jelas dan nyata. Kebersihan. Tak perlu sebut semua tahu. Malangnya banyak tandas belum Islam dari aspek kebersihan. Lebih malang lagi jika tandas itu tandas sebuah masjid.

Fardhu kifayah bagi tandas adalah tugas sebahagian. Ketika anda menggunakan tandas, perhatikan letak mangkuk tandas dan letak sumber air atau tisu. Sebelah kanan atau kiri? Sungguh merepotkan ( baca : menyusahkan) jika sumber air berada di sebelah kiri. Nah, ini tugas arkitek yang melukis pelan dan kontraktor pembina tandas. Aku tidak mahir kerja-kerja mengalih mangkuk tandas.

Selesai yang fardhu, boleh menambah pahala dengan amalan sunat kepada tandas. Adikku Muaz pernah mencadangkan agar dilukiskan mural gambar laut pada dinding tandas di rumah. Silakan guna imaginasi anda.

Untuk rumah Islam, anda boleh fikir sendiri. Jika tetamu masuk rumah anda langsung nampak dapur, anda kena fikir-fikir lagi.

Nenek Aminah dan 3 biji buah koko


Sekali dengar seperti sebuah cerita dongeng waktu tidur. Si jaka dan kacang ajaib. Tetapi ini adalah sebuah kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan.

Kisahnya boleh anda semak di sini.

Mencuri itu salah dan berdosa. Semua agama setuju. Bahkan Islam yang syumul mengenakan hukuman potong tangan kepada yang mencuri. Sebuah hukum yang sering dipersenda,malangnya oleh penganutnya sendiri.

Tetapi adakah Islam membenarkan hukuman potong tangan dalam kes Nenek Aminah ini? Atau juga menghukum penjara selama 45hari?

Sebagaimana anda berfikir kesempurnaan tandas Islam dengan hukum fardhu ain, fardhu kifayah dan sunatnya, fikir juga dengan perlaksanaan hukum Islam.

Islam itu Syumul

"Islam itu daripada bangun pagi sampai tidur lagi, semua diajarkan. Daripada masuk tandas sampai mahu solat."

Ini yang naqibku ucapkan ketika usrah di sekolah dahulu. Aku telah sampaikan juga pada adik-adik juniorku. Dan aku yakin amanah keramat ini pasti akan terus diwariskan.

Benar lagi sohih. Islam itu sempurna dan syumul. Sunnah Allah dan Syariat Allah. Ilmu alam dan ilmu kalam. Sumber Islam datang dari keduanya. Dari teks dan dari realiti semasa.

Anda mungkin mengatakan tidak perlu azan untuk bayi yang baru lahir kerana tiada sunnah dari Nabi SAW. Tetapi ada kajian ilmiah tentang air yang dibacakan perkataan yang baik akan berubah bentuk menjadi sangat indah. Dan bayi peratusan kandungan air dalam badannya melebihi orang dewasa. Segeralah bawa anak anda ke klinik jika diare lebih dari 3 hari. Dehidrasi bisa menyebabkan kematian.

Dalam apa sahaja aspek kehidupan ada Islam di sana.

Tidak hanya melihat sumber teks lantas menjatuhkan hukuman dan mengambil tindakan. Di lihat juga sosok tubuh manusia, realiti kehidupan masyarakat, tingkat pendidikan, kesejahteraan ekonomi sampai kepada kestabilan negara.

Hati-hati dalam bertindak. Jika tidak adil, zalim.

4 comments:

al_madd said...

salam suadara mohsein..mengenai ayat dalam artikel anda..

Anda mungkin mengatakan tidak perlu azan untuk bayi yang baru lahir kerana tiada sunnah dari Nabi SAW.

saya rasa dalil azan ini banyak ja dalam kitab-kitab karangan ulama

حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ

Dari Abi Rafi` رضي الله عنه beliau telah berkata : Aku telah melihat RasulaLLaah (صلى الله عليه وسلم) melakukan azan seperti azan solat pada telinga Husain bin Ali ketika fatimah melahirkannya.

at Tirmizi mengatakan hadis ini hadis hasan sohih


الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ: "مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي الْيُسْرَى لَمْ تَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ، وَأُمُّ الصَّبِيَّانِ هِيَ: التَّابِعَةُ مِنْ الْجِنِّ

Daripada Husain Bin Ali رضي الله عنهما beliau telah berkata : RasuluLLaah (صلى الله عليه وسلم) telah bersabda
Anak yang dilahirkan lantas diazankan pada telinganya yang kanan dan diiqomahkan pada telinganya yang kiri, tidak akan mendapat mudhorat daripada ummus shibyaan (sejenis jin)

Hadis diriwayatkan dengan sanad yang lemah oleh Ibnus Sunni, Abu Ya`la dan Ibnu `Adi


mengenai tandas ini artikel ini agak menarik sebab begitu banyak tandas-tandas di dalam rumah orang islam menghadap kiblat..
dan kostan2 kita di bandung juga tandas berada dalam bilik...


teruskan menulis..:)

Insoft said...

wsalam encik fariz...
jutaan terima kasih wa jzkk atas perkongsian dalilnya.

Penggunaan "mungkin" adalah untuk perkara-perkara yang terjadinya perselisihan ulama'. Ada ruang untuk memilih di sana.mungkin ya mungkin tidak. Seperti yang encik fariz lakukan, memilih dengan adanya dalil untuk dipegang. jauhi takliq buta.

Sok aja atuh...

al_madd said...

salam abu huzaifah..

boleh saya tahu definisi taqlid tu apa??

dan contoh taqlid buta tu apa??

Insoft said...

nak kena jawab ke bro? aku bukan ustaz..gua belasah jek.huhuhu..

secara ringkas, taklid buta yg tidak menghiraukan tradisi intelektual dan ilmu. Hok yang malas belajor dan yang tak mau belajor.

Kalo dah belajor tu ok la...

cth? hang cari sendri no...takkan suma nak bagi kot. nanti hang taklid aku lak..kihkih

 
Copyright 2010 InSoft...