Tiba-tiba.
“ Doktor, ada pesakit baru datang. Ibu hamil ke empat. Letak melintang dengan bahu sudah masuk ke pintu ke pintu atas pinggul. Sudah tdak bisa ditolak ke atas” bidan yang jaga bersama pada malam itu tiba-tiba masuk mengejutkan kedua doktor muda itu.
“ Letak lintang? Ini kes kecemasan berat, “ separuh sedar Arif bingkas bangun mencapai steteskop dn langsung ke arah pesakit yang sedang mengerang kesakitan.
“ Doktor senior Joseph gagal dihubungi. Aku pergi mengejutnya” Kamarul meluru keluar menuju ke kamar doktor senior.
Memang jika ada kecemasaan berat, doktor senior harus dihubungi segera.
“ Periksa tekanan darahnya. Bunyi jantung janin berapa kak?”
“ 154 kali seminit dok” jawab bidan muda yang sedang memeriksa ibu itu.
Si ibu terus mengerang dan mengeluh kesakitan. Nafasnya sudah tidak teratur. Baju yang dipakai basah dengan keringat yang terus mengalir.
“ Maaf ya makcik, saya periksa sebentar” Arif segera memeriksan bahagian rahim dengan merabanya dari luar untuk memeriksa kedudukan janin.
“Sudah diperiksa bahagian dalam?” tanya doktor senior Joseph yang tiba bersama-sama Kamarul.
“ Belum dok. Saya menunggu doktor. Tapi detak jantung janinnya masih bagus”
“ Ini mesti dibedah segera. Jika tidak rahim boleh terkoyak. Berlaku pendarahan yang membahayakan ibu dan janin” kata doktor Joseph setelah selesai melakukan pemeriksaan.
“ Doktor, petugas ubat bius di bilik bedah tidak ada. Saya sudah menghubunginya tetapi telefon bimbit ditutup. Telefon rumah tidak diangkat.
“Apa? Jam berapa baru dia boleh datang?” bulat mata doktor Joseph terkejut bercampur marah.
“ Saya tidak tahu doktor. Selalu jam empat pagi baru boleh dihubungi.”
“ Ya Allah, masih ada 4 jam. Bolehkah ibu ini bertahan?” Kamarul mengerutkan keningnya.
“Berikan ubat tokolitik. Kamu berdua terus periksa dan jaga ibu ini. Periksa detak jantung janin tiap sejam. Hati-hati dengan tanda-tanda rahim yang koyak,” arah doktor Joseph ke Arif dan Kamarul.
“Baik doktor,” Arif dan Kamarul serentak.
Jarum jam menunjukkan angka 4.
Petugas bius masih belum dapat dihubungi.
“ Doktor, bagaimana anak saya? Sakit terus menerus dari malam,” ibu kepada pesakit yang bersama menjaganya bertanya ke Kamarul.
“ Makcik, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Doktor bedah sudah ada. Masalahnya petugas bius tidak dapat dihubungi dari malam tadi.”
Perasaan marah dan geram bersarang di hati Kamarul. Tidak sanggup melihat pesakit yang terus mengerang dari awal masuk ke hasopital hingga sekarang.
“ Kalau mahu tidur jangan menjadi petugas bius di bilik bedah,” bentak Kamarul dalam hati.
“ Kasihan anak saya doktor,” si ibu pesakit terus mengeluh ke Kamarul.
“ Maafkan saya makcik,” Kamarul Cuma mamapu memerhatikan sambil tangannya mengurut belakang pesakit dengan harapan bisa menenangkannya.
“ Kamarul, berapa detak jantung janin?” doktor joseph tiba-tiba muncul.
“ Kamarul, berapa detak jantung janin?” doktor joseph tiba-tiba muncul.
“ Terbaru saya periksa 177 kali seminit” jawab Kamarul sedikit terkejut.
“ Ayuh bawa pesakit ke ruang bedah,”
“ Petugas bius sudah datang doktor?”
“ Baru sampai.”
Kamarul memandang jam tangannya.
Jarum menunjukkan angka 9.
Hati Kamarul membara.
* * * * *
Tengah hari itu, di ruang perbincangan.
Tengah hari itu, di ruang perbincangan.
“ Seorang ibu berumur 40 tahun hamil anak pertama 30 minggu datang kepada kamu. Tekanan darah ibu 140/100 mmHg. Ujian lab terdapat proteinuria +1. Apa yang bakal kamu lakukan?” soal Doktor Wani, doktor specialis sakit puan.
“ Diakhirkan kehamilannya doktor. Dilakukan pembedahan,” jawab doktor muda Siti.
“ Benar doktor. Tekanan darah ibu tinggi dan sangat berbahaya. Rawatan terbaik ialah dengan terminasi kehamilan ibu,” doktor muda Yen bersetuju dengan Siti.
“Ibu ini sudah 40 tahun baru hamil anak pertama. Kamu semua tahu penyebab terbanyak kematian bayi adalah bayi lahir tidak cukup bulan,” ujar doktor Iwan.
“ Siti, berapa umur kamu?”
“ 26 tahun,”
“ Jika pesakit ini kamu dan kamu bernikah, baru hamil umur kamu 40 tahun, apa keputusan kamu? Tetap terminasi kehamilan?”
Semua doktok muda di bilik perbincangan terdiam.
Berfikir sendiri.
“ Cuba kamu semua letakkan diri kamu sebagai pesakit itu. Baru kamu boleh membuat keputusan,” sambung doktor Wani.
“ Saya sudah boleh menjangkakan kamu akan menjawab terminasi kerana kamu baru selesai di Hospital Petai Dua. Doktor spesialis di sana bilang begitukan? Beliau itu guru saya dahulu waktu saya mahu ambil spesialis. Saya pernah berbahas dengan beliau tentang keputusannya ini. Ya, asalkan kamu ada dasar kamu membuat keputusan, kamu boleh berbeza dengan guru kamu.”
Arif menjeling ke arah Kamarul sambil berbisik, “ Serupa Imam Syafie dengan gurunya Imam Malik. Bebas berpendapat tanpa buruk sangka”
“ Aku teringatkan petugas bius malam tadi. Bagaimana jika isterinya yang sakit ya? Geram aku,” ujar Kamarul sambil mengempal buku lima.
Keduanya menghela nafas panjang.
6 comments:
"Serupa Imam Syafie dengan gurunya Imam Malik. Bebas berpendapat tanpa buruk sangka"
:)
(^_^)v
Salam akh Mohsein,
Subahanllah, sangat terkesan:)
wsalam wbt ukhty aimi...
Semoga kesan itu kesan degil yang tidak mudah hilang...
jzkk
Pengajaran kedua adalah EMPATI..
Sebarang keputusan dalam hidup, lihatlah sudut pandang orang lain juga..
Kadang2 kebenaran adalah A, B, dan C...Bukan salah satu daripadanya semata2..
Barakallah..
akhi zulfahmi..
Apa pengajaran pertama? Dah kedua dah?
Buatlah keputusan dengan pertimbangan yang matang.
Kebenaran hanya pada orang yang ikhlas mahukannya.
Post a Comment