You Are Reading

2

Secebis buat IMAN

Insoft Tuesday, March 9, 2010
" Aa kasep, batik ini dipakai oleh Pak SBY "

Mengenakan batik yang sama persis seperti seorang pemimpin nombor satu negara. Bangga.

" Andre Arshavin pun pakai but yang aku pakai ni "

But yang sama dengan pemain bola yang hebat. Macho.

" Aku sekeluarga memilih tema warna ungu lembut untuk baju raya tahun ini "

Sekeluarga yang disayangi mengenakan baju yang sama. Ceria.

" Ana dan isteri sama-sama minat senireka dalaman"

Berkongsi sesuatau yang sama dengan insan yang dicintai. Bahagia.

" Enak sungguh gula-gula arab tadi "

Menelan gula-gula arab bersama sabahat-sahabat yang dikasihi. Tidak terlupakan.

" Dari pagi tadi kelas penuh. Petang mesyuarat IMAN. Malam ada usrah di masjid. Letih dan penat betul."

Keletihan dan kepenatan ini telah sama bahkan lebih telah dirasai oleh Muhammad SAW yang agung lebih 1431 tahun yang lepas. Kepahitan dan kepedihan telah sama ditelan oleh para sahabat yang mulia di sepanjang sejarah.

Berkongsi sekelumit rasa dengan sang kekasih hati yang agung?

Tidak tergambarkan.

p/s : Laukana bainana...sebuah kerinduan.




2 comments:

Ahmad Akmal said...

membaca post ini sambil terkenang gula -gula arab, priceless.

Insoft said...

akmal...
priceless?
6 labu gula2 arab seharga Rp7ribu...
nikmat ukhuwah gara-gara gula-gula arab, di bayar dengan pengorbanan kelak..iAllah

 
Copyright 2010 InSoft...