Awal Februari kemarin Indonesia gempar. Ketika bahang Pemilu Legistatif semakin hangat dirasai,timbul isu Majlis Ulama' Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa rokok adalah haram. Rokok diletakkan sebaris dengan arak,daging babi dan katak serta riba. Semuanya haram.
Dikernakan rokok relatifnya sudah sangat sebati dengan masyarakat di Indonseia, maka pelbagai reaksi timbul. Ade yang bersetuju. Ramai yang meluahkan rasa kurang senang. Termasuklah para KIAI yang membantah dengan mengatakan rokok hanya makruh dan turun berdemonstrasi menyuarakan bantahan. Semestinya demo bantahan dilakukan juga oleh para petani tembakau di Jawa Timur kerana mengganggu periuk nasi mereka.
Di Malaysia fatwa pengaharaman rokok telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seawal tahun 1995. Cuma fatwa tinggal fatwa dan tidak diwartakan sebagai undang-undang. Ketika sekolah dahulu teringat akan keratan akhbar yang ditampal di pintu masuk bilik guru tentang fatwa pengaharam rokok oleh Majlis Fatwa Sedunia berpusat di Arab Saudi.
Haram atau makruh,serahkan pada yang pakar membicarakannya. Orang-orang yang mahu mencapai darjat taqwa, sikap berhati-hati dan meninggalkan perkara yang syubhah adalah menjadi pakaian seharian mereka. Warak.
Cuma teringatkan bagaimana ketika pengharaman arak. Sebuah hadis riwayat Imam Muslim menceritakan Anas bin Malik sedang menjamu tetamu dengan arak ketika mendengar suara teriakkan di luar mengatakan arak telah diharamkan. Beliau keluar rumah dan mendapati telah mengalir arak-arak yang dibuang di jalan-jalan Madinah. Para sahabat sebaik sahaja mendengar perintah pengharaman arak langsung memecahkan bekas simpanan arak dan membuang semuanya ke jalan. Semua menyambut dengan lapang dan redha.
Tiada yang berkata "Sabar la Rasulullah,bagi habis yang dah beli ni. Membazir nanti"
atau "Rugi perniagaan aku kali ini"
Satu situasi yang hampir sama,berlaku pada umat yang memiliki aqidah yang sama namun telah membuahkan reaksi yang berbeza. Kenapa ya?
Merokok sudah sebati dengan masyarakat sekarang. Mereka sulit menerima ketika dikatakan haram.
Arak sudah sebati dengan masyarakat Arab. Ketika diharamkan mereka langsung membuangnya di jalan.
Apa yang membezakan mereka?
Lalu bagaimana dengan kita? Mungkin kita bukan perokok atau peminum arak,na'uzubillah. Tapi bagaimanakah dengan perintah dan larangan Allah yang lain?
Mungkin sejak kecil kita terbiasa membuka aurat. Bagaimana reaksi kita apabila tahu menutup aurat itu wajib?
Mungkin kita sedang dilamun asmara cinta dengan pacar kita. Bagaimana tindakan kita ketika disampaikan berpacaran tidak kena dengan aturan Islam?
Mungkin kita biasa dengan satu-satu amalan rutin. Bagaimana reaksi kita ketika dikatakan amalan itu tiada asalnya dalam Islam dan cuma diada-adakan?
Bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan pendapat dan anutan majoriti masyarakat dengan fatwa dalil dari Quran dan sunnah?
Bagimana sikap kita ketika ditawarkan wang kopi dan rasuah?
Mahu berdemonstrasi?
Atau nanti mahu tawar manawar dihadapan Allah?
Atau dengan yakin dan tenang mengatakan " Kami dengar dan kami taat".
"dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali" (4 : 115)
Suka sungguh dengan ayat Nabil.
"Lu fikir la sendri, assalamaulaikum"
You Are Reading
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Insoft
- Dilahirkan tanggal 9 rejab 1405 bersamaan 31 mac 1985 di Tampin,N.Sembilan. Menetap di Gemencheh N.Sembilan sejak dilahirkan. Pendidikan bermula di SK Sg Dua,Gemencheh,SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah,Asasi Sains,Kolej Teknologi Timur dan Universitas Padjadjaran,Bandung. Sekarang bertugas di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.
Traffic
Sembang
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment