You Are Reading

2

Santai : Aku tak suke shoping

Insoft Tuesday, March 31, 2009
" Kaklong,buat ape lagi tu? Dah pukul bape ni?" bentak pakcikku,Ngahlim kepada kakaknya,Mak Uda di dalam telefon.

"Kejap2,skit je lagi"balas Mak Uda. 

" Lambat betul diorang nih. Bape lame lagi nak tunggu?" runggut Ngahlim kepadaku yang turut bermuka serius menahan sabar. Aku juga tidak suka menunggu. Sudah jam 5.30 petang. Jam 7.25 masuk waktu berbuka.


Umaimah dan Mak Uda


15 minit selepas itu muncul Mak Uda bersama Umaimah adikku. 

"Ha? Beli sehelai je tudung? Dekat sejam kitorang tunggu" marah aku pula kepada adikku. Mak Uda dan adikku cuma tersenyum dan masuk ke dalam van.

Nasib baik waktu itu bulan Ramadhan. Sabar.  

Peristiwa berlaku kira-kira 5 tahun yang lepas.

Aku masih belum dapat memahami sehingga sekarang. Bagaimanakah seseorang terutama kaum hawa boleh mengambil masa yang lama untuk membeli-belah. walhal apa yang ingin dibeli tidaklah seberapa.

" Bandung best shopping. Macam2 ada. Heaven" ujar seorang teman yang baru berkunjung ke Bandung.

Sering aku melihat ibu bapa teman-temanku jika berkunjung ke Bandung pulang dengan beg yang banyak dan penuh terutama selepas melawat dari Pasar Baru. Mujur ummi seorang yang tidak terlalu berminat membeli-belah. Aku rasa abah lagi selalu membeli baju baru berbanding ummi hingga menyebabkan banyak juga baju abah turun ke aku. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Aku? Seringkali pening memikirkan mahu membeli apa di Pasar Baru. Teringat ketika aku membawa Azlan dan Dzulkahiri ke sana,kami cuma membeli beg galas, singgah sebuah kedai buku kecil,makan dan pulang. Kedai kain sebanyak 5-6 tingkat tidak langsung menarik perhatian. 

Aku juga pernah pergi ke sebuah pusat beli-belah di Tampin dengan niat mahu membeli sehelai kemeja. Tetapi ketika melihat-lihat, aku asyik teringatkan baju-baju yang sudah kupunya. Akhirnya aku keluar dengan membeli sebuah kaset nasyid sahaja.


Angah dan ummi. Telekung itu beli di Pasar Baru.


Aku memang masih belum memahami dan memiliki kemahiran dalam hal membeli-belah. Ini menyebabkan aku menjadi sedikit risau. Bagaimana jika aku sudah mempunyai isteri dan isteriku seorang yang suka membeli-belah? 

Aduh. Susah juga.

Kadang-kadang aku melihat sesetengah orang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja. Barang-barang yang ternama dan mahal menjadi pilihan. Ada yang sanggup menyewa papan iklan di tepi lebuh raya semata-mata untuk melamar pasangannya. Dasyat.

Ramai juga teman-teman aku yang sanggup berbelanja mahal untuk pakaian ,kosmetik, kelengkapan peribadi seperti telefon bimbit dan sebagainya. Tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk memiliki dan membeli sesuatu yang mahal selama ia masih lagi menjadi kemampuan masing-masing.

Cuma sayangkan nilai pada barangan tersebut.

Mari kita lihat kepada insan agung kekasih kita semua. 

Umar ra pernah menitiskan air mata melihat tubuh baginda yang berbekas kerana tempat tidur baginda cuma beralaskan pelepah tamar.Hidangan lazim baginda cuma tamar dan air kosong. Malah ketika membuat parit menghadapi tentera Ahzab,baginda mengikat perut menahan lapar.

Tetapi di satu sisi yang lain.

Kuda dan unta tunggangan baginda untuk ke medan perang bukan sebarangan. Antara tunggangan yang terbaik pada masanya. Cukup tangkas dan gagah. Begitu juga dengan pedang baginda. Bukan calang-calang pedang. Juga bukan hanya sebilah.  Tentu semua ini sangat mahal.



Pulang dari Pameran Tamadun Islam. Pergi sampai 3 kali sebab suka lihat replika pedang Nabi SAW.

Berilah nilai kepada apa yang anda belanjakan.

Jika memiliki sebuah laptop yang mahal dan terkini membantu anda dalam menghasilkan penerbitan yang berkualiti agar mesej lebih berkesan,silakan.

Jika memiliki kereta BMW dan Land Rover memberikan ruang yang selesa untuk anda berehat di dalam perjalanan anda dari satu tempat ceramah atau program ke tempat yang lain untuk bersama umat,jangan ragu membelinya.


Kenderaan idamanku

Jika memiliki rumah yang besar dan luas memudahkan perkembangan mujahid-mujahid muda dalam teratak tarbiyah anda serta memberi ruang untuk taklim,binalah istana.

Jika memakai pakaian yang cantik dan mahal meningkatkan kepercayaan masyarakat dan kumpulan dakwah anda, sediakanlah.

Di sisi lain , berpadalah. Jadikan zuhud sebagai pakaian. Hindari wahan.


2 comments:

Anonymous said...

selamat hari lahir kekanda....hehe

back to the topic,benar2! setuju! haha....(sebab aku pon jenis yg fail kalo shoping2 ni,tu sbb setuju. kikiki..)

yang penting, fikir tujuan ia dibeli. jika benar matlamatnya,ape salahnya? kan3??? hehe...

Insoft said...

drrazi
Mekasih2. Umo makin tua dah.
Fikir dulu sebelum beli (mcm kempen kitar semula lak).
Lelaki sejati fail bab2 shoping ni.kan3???hehe

 
Copyright 2010 InSoft...