You Are Reading

0

Aku suka kedamaian dan kelembutan

Insoft Thursday, May 7, 2009
" Cikgu mahu Islam atau tidak?" bentak Najmi, seorang sahabatku dengan suara yang tinggi. Ketika itu beberapa orang pemimpin pelajar berhadapan dengan seorang guru bahasa.

Walaupun agak terkejut dengan tindakan sahabat itu, aku setuju dengan beliau kerana sudah beberapa ketika sahabat yang lain menerangkan dengan cara baik kepada cikgu berkenaan namun tidak diendahkan. Masih meneruskan agenda yang tidak cocok dengan syarak bersempena minggu bahasa.

Dalam kepala sudah merancang ingin mensabotaj kotak pembekal elektrik jika agenda diteruskan.  Ijtihad terorislah katakan. Tepat atau tidak tidakan itu, boleh dipersoalkan.

Dalam satu insiden lain, aku dan Najmi hampir menghentak meja PK 1 ketika meminta penjelasan tentang tindakan ingin membubarkan badan dakwah sekolah yang setaraf dengan organisasi pemimpin pelajar dan menjadikannya sekadar sebuah kelab seperti kelab seni. 

Tetapi jika dapat dekat Azlan, bukan meja dia hentak, dengan cikgu-cikgu di makan. Teringat cerita beliau pernah menyepak kaki seorang warden asrama. Ganas.

Sekelumit tindakan keras bagi mempertahankan prinsip dan kebenaran. Tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan para sahabat yang mulia. Tidak dapat aku bayangkan bertapa keimanan mereka mengatasi segalanya ketika berperang melawan kaum keluarga sendiri demi mempertahankan aqidah dan prinsip yang diyakini.

Mus'ab bin Umair RA berhadapan dengan saudara kandungnya sendiri Abu Aziz bin Umair di dalam perang badar.

Ali KWJ membunuh Amru bin Abdi Wadud yang mempunyai hubugan saudara dengannya dalam perang ahzab.

Sungguh mereka adalah generasi terbaik seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW.

Hari ini terlukis sebuah sejarah hitam dalam politik negara.

"Dasyat sungguh, bergaduh macam kanak-kanak"

"Mana mereka letak akhlak dan sopan santun mereka? Duduk bincang elok-elok lah"

" Betul jadi macam tempoyak"

"Jangan kita contohi mereka, menengking, tinggi suara. Sunggah tiada akhlak"

"Gila...manusia gila"

"Aku bukan apa, tidak sukalah tengok orang gaduh-gaduh"

Sebahagian komen daripada teman-teman sepanjang hari.

Aku sangat setuju dengan mereka.

Aku sukakan perdamaian dan kasih sayang.

Di rumah, keluarga aku terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan juga politik. Ibu saudaraku seorang ketua wanita UMNO cawangan dan seorang lagi ketua muslimat PAS kawasan. Tetapi ketika di kampung kami cukup mesra bersama walaupun kadang kala terjadi perdebatan hangat. Biasalah.

Persoalan beza jemaah juga aku sikapi dengan kecenderungan ke arah persamaan dan penyatuan. Cerita abah tentang kawan serumahnya ketika di kampus yang terdiri dari pelbagai jemaah sentiasa bermain di ingatanku. Ada PAS,ABIM dan Arqam. 

Aku memang sukakan kelembutan. Nama pun IN SOFT. Dalam kelembutan. Luar macho.

Aku juga senang dengan senyum dan tawa.

Aku tidak suka marah-marah dan terlalu serius.

Selain "aneh", aku juga suka mengucapkan "santai.."

Namun...

Di atas semua itu.

"Tidaklah sempurna IMAN seseorang jika aku tidak lebih dicintai daripada ibu-bapanya, keluarganya dan manusia seluruhnya"
                                                                                                                              (HR Muslim)

Prinsip orang beriman.

Jika Nabi SAW mengatakan PERANG, PERANG!!! 

Walaupun lawannya keluarga sendiri.

Jika prinsip dan kehormatan Islam dicabar,  lawan!!!

Walaupun lawannya Perdana Menteri.

Jika hak dan maruah dirampas, tentang!!!

Walaupun ditangkap polisi dan digari.

Ketika hak dirampas, maruah dizalimi, adakah boleh duduk dan tersenyum? Control macho?

Yang haq akan kekal,batil akan sirna.

Dan ingatlah.

" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian,(tetapi) janganlah kalian kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.."
                                                                                                                                  (2 : 190)

" Maka apabila diturunkan satu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati"
                                                                                                                                 ( 47 : 20 )

Seperti tagline blog ini, SEGALA SESUATU ADA WAKTUNYA.

PERANG JUGA ADA WAKTUNYA.

Salam perdamaian.

p/s : Perkara 36A (1) (b) menyatakan bahawa tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sehingga pelantikan Speaker yang baru. Depa tak nampak kot...

0 comments:

 
Copyright 2010 InSoft...